Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
KUMPULAN ESDC JUARAI PERTANDINGAN TARIAN 'RENTAK OPTMA'

281219_RentakOptima_01.jpg

Sumber:

Berita : Saerah Haji Abd Ghani - Penerangan

Foto : Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid - Penerangan


BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 28 Disember. - Kumpulan ESDC dinobatkan sebagai juara Pertandingan Tarian 'Rentak Optima' yang berlangsung penuh gemilang di Jerudong Park Amphitheatre, di sini.

Juara membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah BND5000 beserta trofi dan hadiah sampingan.

Tempat kedua disandang oleh Kumpulan Warith Budaya yang menerima hadiah wang tunai berjumlah BND4000 berserta trofi dan hadiah sampingan, manakala Kumpulan Studio Eleve memenangi tempat ketiga, menerima hadiah wang tunai berjumlah BND3000 beserta trofi dan hadiah sampingan.

Di samping itu, tiga finalis lain menerima hadiah sagu hati berupa wang tunai berjumlah BND1500 bagi setiap kumpulan.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang dan finalis pertandingan ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah.

Turut hadir, Pengarah Radio Televisyen Brunei (RTB), Awang Haji Muhammad Suffian bin Hj Bungsu; pegawai-pegawai kanan kerajaan serta orang ramai.

'Rentak Optima' yang merupakan anjuran RTB adalah sebuah pertandingan realiti tarian dibukakan penyertaannya kepada warganegara Brunei Darussalam yang berumur 10 hingga 40 tahun untuk mencari bakat-bakat baru tempatan.

Sebanyak enam kumpulan bertanding pada peringkat akhir pertandingan tersebut iaitu Kumpulan ESDC, S-Vitality, Bruhooders, Studio Elevé, Mahkota Dance Group dan Warith Budaya.

Pertandingan Tarian 'Rentak Optima' turut ditaja oleh Makan Ceria Sdn Bhd; Firoz Jaya Silkhouse and Textile Palace; DST; DSTIncomm: Progresif Cellular Sdn Bhd; Intracorp (B) Sdn Bhd; Parkview Hotel; Sin That Enterprise Sdn Bhd: Sagar Restaurant Sdn Bhd; Saycheese; Royal Brunei Airlines; Aewon Brunei; Shadons Styleicon; IJOI Snacks; IBIC Sdn Bhd; TLT Enterprise dan Sri Azlina Sdn Bhd.

Attachments
Created at 12/30/2019 11:29 AM by Ak Hussni Bin Pg Hassan
Last modified at 12/30/2019 11:29 AM by Ak Hussni Bin Pg Hassan