Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
PERASMIAN TAMAN RIADAH BUKIT SIPATIR

010120-Taman Bukit Sipatir-infofoto.1.jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad - Penerangan

Foto: Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid - Penerangan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 1 Januari 2020 - Penerokaan Taman Riadah Bukit Sipatir bermula kira-kira setahun yang lalu, iaitu pada 25 November 2018, di mana pada 25 Disember 2018 taman ini mula dibukakan kepada orang ramai.

Track asal pada ketika itu hanyalah sejauh tiga kilometer dan mengikut statistik yang ada, pengunjung ke taman riadah tersebut menjangkau hingga lebih dua ribu orang, terutama sekali pada Jumaat dan Ahad.

Sehubungan itu, hari ini menyaksikan satu lagi peristiwa yang akan menjadi kenangan dan ristaan, khususnya bagi penduduk di Kampung Subok, iaitu Majlis Perasmian Taman Riadah Bukit Sipatir.

010120-Taman Bukit Sipatir-infofoto.3.jpg

Hadir selaku tetamu kehormat bagi merasmikan taman riadah tersebut, Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud.

Terlebih dahulu acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat, diketuai oleh Awang Hazim bin Sulaiman.

Kemudian diikuti dengan acara Senamrobik sebagai Pemanasan Badan dan diteruskan dengan perasmian Taman Riadah Bukit Sipatir oleh tetamu kehormat.

010120-Taman Bukit Sipatir-infofoto.4.jpg

Majlis diteruskan dengan pelepasan acara naik bukit ke Taman Riadah Bukit Sipatir yang disertai oleh penduduk sekeliling dan orang ramai.

Seterusnya diadakan perasmian kedua, iaitu penanaman pokok di puncak Taman Riadah Bukit Sipatir dan kemudian turun balik ke Laluan Kebun menuju letak kereta taman berkenaan.

Tetamu kehormat juga berpeluang melihat gerai jualan dan pameran tongkat yang terletak di letak kereta Taman Riadah Bukit Sipatir sebelum berkumpul ke Taman Seri Pitabu bagi acara Penyampaian Sijil Penghargaan kepada para penaja dan Sijil Kepujian kepada mereka yang terlibat bagi mengenang jasa terbinanya Taman Riadah Bukit Sipatir.

010120-Taman Bukit Sipatir-infofoto.5.jpg

Sehingga ke hari ini, Taman Riadah Bukit Sipatir terus menjadi bualan orang ramai, terutama sekali bagi mereka yang berminat menyertai kegiatan mengembara, selain memberikan peluang kepada mereka mengenali Bukit Sipatir, Kampung Subok, juga meningkatkan kesedaran mengenai tempat-tempat riadah dan mengembara yang terdapat di Negara Brunei Darussalam.

Trek yang biasa dilalui adalah trek mudah yang melintasi beberapa buah wasai di sepanjang jalan, termasuk Wasai Belakang Marang, Bukit Belakang Marang, Bukit Sipatir dan Bukit Belukar Simai.

Di puncak Bukit Sipatir, orang ramai berpeluang bergambar ramai dan menikmati suasana pemandangan yang menarik juga indah.

010120-Taman Bukit Sipatir-infofoto.2.jpg

Attachments
Created at 1/2/2020 10:34 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 1/2/2020 10:34 AM by Lee Chin Foo