Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
MMPB BUKA TIRAI TAHUN 2020

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Haniza Abdul Latif - Penerangan

Foto: Dk. Nur Hafilah Pg. Osman - Penerangan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 4 Januari 2020 - Malam Minggu Pusat Belia (MMPB) adalah sebuah platform yang menggabungkan para penggiat industri kreatif Brunei untuk bersama-sama mempamerkan kreativiti, inovasi, seni dan kebudayaan, hiburan juga keusahawanan.

Sehubungan itu, MMPB diteruskan lagi sebagai pembuka tirai tahun 2020, di Pusat Belia, Bandar Seri Begawan.

040120-MPBB.infofoto.2.jpg

Hadir selaku tetamu kehormat, Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Md. Isham bin Haji Jaafar selaku Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

040120-MPBB.infofoto.1.jpg

Turut hadir, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad dan Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ari; Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud; dan Timbalan Setiausaha Tetap (Kebeliaan dan Kesukanan), KKBS, Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said.

Acara diserikan dengan persembahan sketsa dan nyanyian daripada artis-artis tempatan.

Kemuncak acara, Penyampaian Anugerah Belia Kreatif Seni Berpotensi dan Anugerah Belia Kreatif Inovasi Terbaik.

Anugerah Belia Kreatif Seni Berpotensi dimenangi oleh Beatrice Shim, di mana beliau menghasilkan lukisan mengenai Creative Night Market dan memberikan impak kepada orang ramai, terutama para belia di negara ini.

Bagi Anugerah Belia Kreatif Inovasi Terbaik pula disandang oleh Awang Abdullah Wafy bin Haji Rosli dari Show Time Creative Entertainment Services Sendirian Berhad. Beliau merupakan penganjur Beatbox Competition pertama di Brunei dan pernah mengikuti pertandingan-pertandingan di luar negara juga giat menggalakkan para belia untuk menjadi proaktif dalam bidang Beatbox.

Anugerah-anugerah disempurnakan oleh Menteri Kesihatan selaku Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Md. Isham.

Pada acara tersebut, Yang Berhormat Menteri Kesihatan selaku Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan juga berkesudian untuk memotong kek bagi menyambut Ulang Tahun Pertama MMPB.

Sasaran utama MMPB adalah membabitkan penglibatan dalam kalangan belia Brunei untuk mengembangmajukan laungan #sapotlokal dan memberikan pendedahan kepada mereka untuk memperjuangkan hasil karya, seni kreatif dan keusahawanan mereka.

MMPB bermatlamat untuk menghidupkan dan memeriahkan lagi Pusat Belia sebagai sebuah pusat perkumpulan belia yang sentiasa dinamik, kreatif dan progresif.

Bagi mengikuti perkembangan MMPB bolehlah melayari Instagram '@mmpb_bn' atau melalui Facebook 'Malam Minggu Pusat Belia' atau e-mel ke 'malamminggupusatbelia@gmail.com' bagi sebarang pendapat atau saranan.

Attachments
Created at 1/6/2020 9:18 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 1/9/2020 10:03 AM by Lee Chin Foo