Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
KONSERT PERSEMBAHAN AMAL MKM MERIAHKAN JP

‚Äč[Sumber: Pelit Brunei]

Berita: Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi - Penerangan

Foto: Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid - Penerangan

 

JERUDONG, Sabtu, 4 Januari 2020 - Konsert Persembahan Amal MKM  (Majlis Keselamatan Masyarakat) - MKM Live 2020 berlangsung meriah  dengan variasi muzik yang menghiburkan para pengunjung yang datang di Amphitheatre, Jerudong Park (JP) di sini.

040120-KonsertAmalMKM-infofoto.2.jpg

Hadir menyaksikan MKM LIVE 2020, Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pg Haji Ali Hassan dan Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan) di KKBS, Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah.

Penyanyi dan penghibur tanah air kita tidak kurang hebatnya, masing-masing mendendangkan nyanyian pelbagai genre.

040120-KonsertAmalMKM-infofoto.3.jpg

Penampilan kumpulan lawak BruHaha yang juga juruacara dengan persembahan lawak jenaka di konsert dari awal hingga ke akhir membuatkan para penonton tidak kering gusi dengan aksi spontan jenaka mereka.

Persembahan opera daripada Maya juga menghiburkan para penonton dengan bakatnya dalam nyanyian opera meskipun masih muda namun dua buah lagu yang dibawakannya sangat mendayu di Amphitheatre, JP.

Aznniel diikuti  Ela juga menghiburkan dengan persembahan masing-masing daripada lagu single dan begitu juga Ela dengan mendendangkan lagu mandarin dan Greatest Love of All. Lagu 'Jealous' kemudian dibawakan oleh Kumpulan JYZ dan membawakan lagu sentimental klasik, Belaian Jiwa dan Getaran Jiwa.

040120-KonsertAmalMKM-infofoto.1.jpg

Sejurus selepas sesi rehat, konsert semakin gempak dengan adanya penyanyi tempatan kita yang tidak asing dan begitu terkenal di negara kita, Zad Peace dengan lagu hitnya yang kini selalu bermain di corong radio termasuk 'Kampung Boy' dan lagu barunya 'Bukan Mudah'.

Kemudian, penampilan Fakhrul Razi yang ditunggu peminat memang tidak menghampakan dengan nyanyian dan vokalnya yang memukau menerusi lagunya Salahkah Aku diikuti Nikmat Tak Terbatas yang diubah menjadi irama Jazz dan Senyuman Gelapmu serta menghiburkan dengan nyanyian Keris Sakti sebelum konsert melabuhkan tirainya.

Selain nyanyian, turut juga diadakan jualan di Amphitheatre,, JP yang juga turut menyumbangkan sebahagian hasil jualan mereka dalam inisiatif bagi mengumpul dana bagi membaikpulih kediaman salah seorang klien, Dayang Jamping binti Haji Shawal di Kampung Madang.

Attachments
Created at 1/6/2020 9:25 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 1/9/2020 10:03 AM by Lee Chin Foo