Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
LARIAN BRUNEI 2020 TERIMA PENYERTAAN DALAM, LUAR NEGARA

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei]

Berita dan Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin - Penerangan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 5 Januari 2020 - Awang Md. Khairul Anuar bin Ramli dan Siaw Kim Tho, masing-masing muncul juara Kategori 10km Lelaki dan Kategori 10km Wanita pada Larian Brunei 2020 (Brunei Run 2020) anjuran Akif Media & Marketing semasa BandarKu Ceria, di Bandar Seri Begawan, di sini.

Manakala, juara bagi Kategori 5km Lelaki dan Kategori 5km Wanita disandang oleh Awang Mohd. Syazwi Iman bin Haji Zulkifli dan Chloe Clarke.

050120-LarianBrunei2020-infofoto.1.jpg

Hadir selaku tetamu kehormat, seterusnya menyempurnakan Penyampaian Hadiah kepada para pemenang Kategori 10km Lelaki dan Kategori 10km Wanita, Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud.

Sementara hadiah bagi juara Kategori 5km Lelaki dan Kategori 5km Wanita, disampaikan oleh wakil daripada McDonald's Brunei selaku penaja utama larian tersebut.

Pemenang Kategori 10km Lelaki, Awang Md. Khairul Anuar semasa ditemu bual berasa gembira dan berbangga kerana berjaya menjuarai kategori tersebut, di mana latihan sebelum menyertai larian tersebut bermula pada Mac 2019 lalu.

050120-LarianBrunei2020-infofoto.4.jpg

"Saya sangat gembira di atas kemenangan ini setelah berusaha gigih berlatih bersama jurulatih saya, iaitu Awang Sulaiman daripada Jabatan Belia dan Sukan, di mana latihan tersebut diadakan sebanyak enam kali seminggu," jelas beliau lagi.

Awang Jame Azrin bin Haji Dulamit daripada Akif Media & Marketing menjelaskan, Brunei Run 2020 antara lain bertujuan untuk mengumpulkan lebih banyak Rakyat Brunei untuk mengikuti maraton di negara ini.

"Alhamdulillah, Brunei Run 2020 mendapat sambutan yang luar biasa setelah menerima penyertaan daripada luar negara seperti Amerika Syarikat, Republik Czech, England, Republik Filipina, Republik Indonesia, Malaysia dan Rusia," jelas beliau lagi.

050120-LarianBrunei2020-infofoto.3.jpg

Attachments
Created at 1/6/2020 9:32 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 1/9/2020 10:03 AM by Lee Chin Foo