Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
UTAMAKAN KEBAJIKAN MANGSA KEBAKARAN

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi - Penerangan

Foto: Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi - Penerangan & Ak Zainorisnan Pg Othman - KKBS (JAPEM)

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 8 Januari 2020 - Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul bebannya, begitulah yang dapat diungkapkan kepada keluarga-keluarga yang ditimpa musibah kebakaran yang merupakan suatu ujian dari Allah Subhanahu Wata'ala kepada mereka.

Alhamdulillah, atas dasar keprihatinan yang sememangnya diterapkan di negara kita ini, beberapa pihak berkepentingan sentiasa tidak camah mata dengan menghulurkan pelbagai bantuan dan sumbangan dengan harapan usaha tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan kesengsaraan yang ditanggung oleh mangsa kebakaran.

080120-kebakaran-infofoto.1.jpg

Dalam hubungan ini, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong semasa ditemui di Dewan Serbaguna, Sekolah Rendah Bendahara Lama di sini antara lain menyatakan, pihak Kementerian Pendidikan juga akan menghulurkan bantuan dari segi keperluan sekolah anak-anak mangsa kebakaran antaranya pakaian seragam sekolah termasuk pakaian sukan, kasut, buku tulis, buku teks dan sebagainya.

 080120-Kebakaran Bendahara Lama (3).JPG

Mengenai tempat penginapan para mangsa, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin seterusnya menjelaskan, pihak Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) menyediakan tiga perumahan penempatan, iaitu di Belimbing, Sungai Akar dan Sentosa jika diperlukan dan penempatan itu juga akan segera dijalankan pada hari ini juga.

080120-Kebakaran Bendahara Lama (4).JPG

080120-Kebakaran Bendahara Lama (15).JPG

Selain itu, Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan juga menambah, JAPEM akan menghulurkan catuan makanan dan bantuan asasi selain bantuan kewangan dengan segera setelah penelitian dilaksanakan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab.

 080120-kebakaran-infofoto.2.jpg

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud yang juga selaku Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) sangat bersimpati dengan musibah yang menimpa para keluarga mangsa kebakaran di kampung tersebut.

Berikutan insiden tersebut, katanya, adalah menjadi keutamaan pihak YSHHB untuk memeduli keperluan mangsa dengan secepat mungkin dan bantuan-bantuan yang diberikan adalah tanda keprihatinan kepada mereka yang dilanda tragedi yang tidak diingini berlaku itu.

080120-Kebakaran Bendahara Lama (14).JPG

Attachments
Created at 1/9/2020 9:59 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 1/9/2020 10:03 AM by Lee Chin Foo