Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
TERUS BERGANDING BAHU DENGAN PIHAK KERAJAAN

11012020 perasmian mesyuarat agung tahunan annual general meeting wargamas (4).jpg

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi - Penerangan

Foto: Hjh Ajijah Ali - KKBS

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 11 Januari 2020 - Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam terus memperakui dan mengiktiraf kepentingan warga emas, bukan sahaja kerana golongan tersebut merangkumi lebih lapan peratus daripada rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam, tetapi apa yang lebih penting ialah sumbangan signifikan yang telah dan terus diberikan oleh warga emas kepada pembangunan bangsa dan negara, terutamanya dalam membentuk masyarakat masa kini hingga mencapai kejayaan dan kecemerlangan.

11012020 perasmian mesyuarat agung tahunan annual general meeting wargamas (6).jpg

Penubuhan WARGAMAS yang bermatlamat untuk menyatukan golongan warga emas untuk terus menerajui dan menjayakan Wawasan Brunei 2035, khususnya pencapaian kualiti hidup yang tinggi dan ekonomi negara yang dinamik dan berdaya tahan.

11012020 perasmian mesyuarat agung tahunan annual general meeting wargamas (7).jpg

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin seterusnya menyatakan, objektif tersebut juga sangat bertepatan dengan hala tuju Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan Majlis Kebangsaan Isu Sosial dalam usaha berterusan untuk menjamin kebajikan, kesihatan dan pembangunan seluruh warga emas di negara ini, khususnya melalui Pelan Tindakan Warga Emas.

"Kita amat berbangga dan berbesar hati golongan warga emas telah terlibat secara langsung ke arah penambahbaikan Pelan Tindakan berkenaan pada bulan Oktober 2018 yang lalu demi memastikan tindakan-tindakan yang telah digariskan benar-benar mencerminkan keperluan dan kemahuan golongan warga emas sendiri.

Sumbangan biskita ini mempunyai nilai yang amat tinggi dan insyaaAllah, kita akan sentiasa berusaha demi memastikan setiap inisiatif yang diambil mencapai impak yang dihasratkan dalam memelihara kesejahteraan golongan warga emas, di samping memastikan golongan warga emas akan terus dihormati serta dilibat samakan secara aktif dalam pembangunan negara," katanya semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan WARGAMAS kali yang pertama, hari ini.

11012020 perasmian mesyuarat agung tahunan annual general meeting wargamas (2).jpg11012020 perasmian mesyuarat agung tahunan annual general meeting wargamas (3).jpg

Pada majlis yang berlangsung di Dewan Kuliah, Stadium Negara Hassanal Bolkiah di sini, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan menjelaskan, para warga emas turut terpanggil untuk menyumbang secara bermakna ke arah kesejahteraan dan pembangunan negara secara keseluruhannya.

Yang Berhormat turut berbesar hati di atas objektif Pertubuhan WARGAMAS yang menggariskan komitmennya ke arah peningkatan sosioekonomi negara, termasuk pembasmian kemiskinan melalui pembangunan perekonomian negara dan mengurangkan pengangguran yang selaras dengan Pelan Tindakan Isu Kemiskinan.

Pelan tersebut tambahnya, sedang di'review' bagi memastikan ia tetap relevan dan lebih fokus untuk menangani cabaran-cabaran kritikal.

Sememangnya, kejayaan usaha ini amat memerlukan pendekatan Whole of Nation dan golongan warga emas dilihat sebagai rakan strategik yang sangat kritikal dalam mencari dan melaksanakan tindakan-tindakan dalam menangani cabaran ini secara efektif.

Dalam usaha tersebut, Yang Berhormat mengongsikan beberapa inisiatif yang telah dilaksanakan, iaitu dari aspek usaha untuk mengurangkan pengangguran, iaitu badan Manpower Planning and Employment Council (MPEC) di Jabatan Perdana Menteri yang telah pun ditubuhkan pada tahun ini yang menumpukan usaha untuk menangani isu pengangguran bukan sahaja di kalangan graduan, tetapi juga dalam kalangan golongan sasaran.

"Kita telah pun mengadakan mesyuarat kedua pada minggu lepas. Mengongsikan Kementerian ini sendiri juga berusaha untuk menangani isu pengangguran dengan penubuhan 'job centre' tersendiri yang ditumpukan kepada golongan sasaran yang terus dilaksanakan dari tahun lepas," katanya lagi.

Manakala, tambahnya, dalam usaha untuk membasmi kemiskinan, beberapa perusahaan telah pun ditubuhkan dengan bantuan KKBS bagi kalangan golongan susah, ibu-ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU).

"Geran telah pun diberikan kepada golongan ini, bukan setakat belia sahaja. Para kaum hawa telah berjaya menjalankan usaha sehingga menghasilkan 200 pasang baju. Dalam usaha ini, usaha juga telah memberikan pekerjaan kepada para belia dengan platform bagi mereka untuk melaksanakan perusahaan tekstil dengan objektif mereka untuk menghasilkan 5,000 pasang baju untuk dieksport ke Amerika Syarikat.

Kita juga tidak lupa OKU yang turut berlatih dalam Pusat Pembangunan Belia dalam penjahitan. Kita ingin usaha ini untuk diselaraskan dengan usaha warga emas. Kita amat gembira produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh perusahaan-perusahaan ini turut didukung oleh rakan-rakan strategik melalui inisiatif 'corporate social responsibility' mereka. Kita juga telah menyediakan peruntukan bagi Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) untuk memulakan perniagaan ataupun 'social enterprise'," ujarnya lagi.

Yang Berhormat juga mengongsikan Pusat-pusat Kegiatan Warga Emas baharu akan dilancarkan di Daerah Temburong pada Isnin, 13 Januari 2020 ini dan di Daerah Belait pada bulan Februari.  

Ini jelasnya menunjukkan sokongan padu yang terus diberikan kepada golongan warga emas dan Yang Berhormat amat yakin PKWE akan terus bergerak maju dan akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh ahli-ahli WARGAMAS, di samping menjalin dan mempereratkan lagi rangkaian sosial di kalangan warga emas.

"InsyaaAllah, sebagai peneraju bagi kesejahteraan dan hak-hak para warga emas, KKBS amat menantikan Pertubuhan WARGAMAS akan terus berganding bahu dan bekerjasama dengan pihak kerajaan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan sektor swasta bagi sama-sama memastikan semua objektif pelan tindakan berkenaan dapat dicapai demi kesejahteraan semua pihak yang berkenaan.

Kita tetap bersedia dan mengalu-alukan sebarang cadangan kerjasama daripada Pertubuhan WARGAMAS demi membangun potensi warga emas dalam bidang perekonomian dan seterusnya membasmi kemiskinan dan pengangguran antara lainnya di kalangan masyarakat. Kita menantikan Kongres Warga Emas 2020 dan bagi hasilnya untuk diselaraskan dengan Pelan Tindakan Warga Emas," ujarnya lagi.

11012020 perasmian mesyuarat agung tahunan annual general meeting wargamas (5).jpg

Yang Berhormat seterusnya menekankan bahawa pertubuhan WARGAMAS ini setentunya akan menambahkan lagi platform bagi warga emas negara untuk berinteraksi dalam perkumpulan yang positif dan membangun serta menyalurkan buah fikiran bagi sama-sama berganding bahu dengan pihak kerajaan dalam memastikan golongan warga emas akan dapat meneruskan kehidupan yang aktif dan menyumbang ke arah pembangunan negara yang inklusif dan mampan.

Attachments
Created at 1/13/2020 10:10 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 1/13/2020 10:10 AM by Lee Chin Foo