Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
ANUGERAH KEHORMAT BAGI AHLI SCOT

‚Äč110120-SCOT (5).jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Haniza Abdul Latif - Penerangan

Foto: Hjh Ajijah Ali - KKBS

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 11 Januari 2020 - Timbalan Presiden The Society for Community Outreach & Training (SCOT), Dayang Hajah Izzati Khairunnisa binti Haji Embran terpilih sebagai penerima Anugerah Kehormat (The SCOT Honorary Award) 2019.

Ini merupakan tahun keenam SCOT, menyampaikan Anugerah Kehormat tersebut kepada seorang ahlinya yang mencapai kecemerlangan dalam pelbagai aspek bagi beberapa kriteria.

Ciri-ciri pencapaian itu adalah sangat wajar untuk diteladani juga bermanfaat, bukan sahaja kepada ahli dan persatuan, malah juga bagi kemajuan negara ke arah melahirkan lebih banyak pemimpin belia yang akan mempunyai sifat amanah, gigih, semangat setia kawan juga boleh menjadi 'role model' kepada SCOT lain.

Anugerah disampaikan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin pada Mesyuarat Agung Tahunan SCOT Ke-6, di Bilik Mesyuarat, Pusat Belia, di ibu negara.

Sejak 2016, Dayang Hajah Izzati banyak mengambil inisiatif kepimpinan yang membolehkan beliau untuk memberikan impak positif kepada masyarakat dan Ahli-ahli SCOT lain yang turut bekerjasama dalam menjayakan projek-projek diusahakan.

110120-SCOT (2).jpg

110120-SCOT (4).jpg

Antara jawatan yang dipegang beliau seperti Treasurer SCOT, Project Manager for Ramadan Charity Drive, Assistant project manager Green Xchange 9 dan Youth Against Poverty.

Anugerah Kehormat diberikan kepada ahli berwibawa terpilih oleh ahli jawatankuasa SCOT sebagai penghargaan atas jasa-jasa dan komitmen belia kepada persatuan juga masyarakat awam secara keseluruhannya sepanjang tahun 2019.

Pada majlis tersebut, Progresif Sendirian Berhad menerima Stakeholder Award, di mana anugerah tersebut diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutif Progresif Sendirian Berhad, Dayang Hajah Nurul Haniah binti Haji Jaafar.

Progresif Sendirian Berhad merupakan 'stakeholder' dan 'partner' dalam beberapa projek yang diusahakan bersama sejak tahun 2016 seperti Projek Youth Against Poverty, SCOT Education Brunei - Cambodia, di mana dengan kerjasama yang dibina, ia dapat menghasilkan projek-projek yang memberikan impak positif, terhadap masyarakat yang kurang berkemampuan dan belia-belia untuk terus menyumbang usaha dalam memajukan negara.

Stakeholder Award diberikan kepada pihak berkepentingan yang secara konsisten komited untuk menyokong projek-projek SCOT dalam membasmi kemiskinan melalui Public Private Partnership.

Yang Berhormat Menteri seterusnya menyampaikan Sijil Aspirasi (Certificate of Aspiration) kepada Pengarah Kewangan SCOT, Awang Md. Arif bin Haji Zainal.

Pengarah Kewangan SCOT, Awang Md. Arif merupakan Ahli Lembaga Pengarah SCOT, bertanggungjawab untuk menguruskan hal-hal berkaitan dengan kewangan SCOT.

Beliau banyak menabur bakti, berkongsi ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki proses-proses berkonsepkan 'procedural' dalam kewangan SCOT dari segi 'auditing, sponsorship financial statement', dan pengurusan kewangan, berbentuk digital yang membolehkan persatuan ini mencapai kredibiliti dalam pengurusan kewangan SCOT.

Sijil Aspirasi diberikan kepada ahli yang mengambil inisiatif dan peluang kepimpinan dalam persatuan dari segi 'ideas dan innovation' dalam mengungkayahkan projek-projek baharu, yang berjaya mendatangkan impak positif kepada masyarakat kurang berkemampuan, di samping memberikan peluang kepada belia-belia Brunei yang turut serta dalam projek-projek yang dijalankan untuk berbakti kepada negara.

Terdahulu, Pengerusi SCOT, Awang Mohamad Anwar bin Awang Mohammad dalam ucapan alu-aluannya, antara lain menjelaskan SCOT akan terus memperkenalkan penyelesaian inovatif yang akan memberikan faedah kepada benefisiari mereka.

Pengerusi SCOT, Awang Mohamad Anwar seterusnya mengongsikan program-program yang dijalankan oleh SCOT sepanjang tahun 2019, termasuk Social Kitchen, Tandatangan MoU di antara SCOT bersama Kedai Runcit, Ramadhan Charity Drive, Belia Membasmi Kemiskinan (Youth Against Poverty), Ummi Bags dan latihan-latihan yang dikendalikan oleh SCOT.

Majlis diteruskan dengan Pembentangan Pencapaian SCOT dan Perancangan Akan Datang bagi Tahun 2020 / 21, termasuk SCOT Social Kitchen.

110120-SCOT (1).jpg

Attachments
Created at 1/13/2020 10:18 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 1/13/2020 10:18 AM by Lee Chin Foo