Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
BEKERJASAMA MEMASTIKAN KEBERSIHAN PANTAI

120120-save the ocean pantai Muara (16).jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Rohani Haji Abdul Hamid - Penerangan

Foto: Pg Suhaimi bin Pg Hj Othman - KKBS

 

MUARA, Ahad, 12 Januari 2020 – Dalam usaha untuk memastikan kebersihan pantai sentiasa terjaga sekali gus menjaga imej dan kebersihan alam sekitar di negara ini, Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) dengan kerjasama sukarelawan telah mengadakan Kempen Kebersihan Pantai di Pantai Muara.

Seramai 100 peserta terdiri daripada kakitangan Netcom Computer House dan para sukarelawan telah menyertai kempen tersebut yang bertema 'Save The Ocean Beach Clean Up'.

120120-save the ocean pantai Muara (5).jpg

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Dayang Syirain Afifi binti Muhammad Fadzil ketika ditemui Pelita Brunei berkata bahawa inisiatif kempen kebersihan yang diadakan di pantai tersebut adalah bagi memastikan Pantai Muara sentiasa bersih kerana ia merupakan salah satu destinasi yang menarik untuk dikunjungi malah sesuai untuk dijadikan tempat berkelah bersama keluarga terutama di hujung minggu dan pada musim cuti persekolahan.

Justeru, orang ramai juga berperanan penting dalam menjaga imej negara dengan sentiasa mengamalkan kebersihan alam sekitar agar ia dapat menarik perhatian lebih ramai pelancong antarabangsa ke Negara Brunei Darussalam.

 120120-save the ocean pantai Muara (8).jpg

120120-save the ocean pantai Muara (10).jpg

Sementara itu, Dayang Nurolhafizah binti Jasni berharap agar para pengunjung sentiasa bertanggungjawab dan sama-sama mengekalkan kebersihan pantai serta memastikan sampah sarap di buang ke tempat pembuangan sampah.

 120120-save the ocean pantai Muara (9).jpg

Dalam masa yang sama, orang ramai juga perlu mengelakkan pembuangan tali pancing ke laut bagi mereka yang menggemari aktiviti memancing. Menjaga dan memelihara kebersihan alam sekitar seperti pantai-pantai di Negara Brunei Darussalam bukan hanya terletak pada pihak JASTRe atau sukarelawan, tetapi ia adalah tanggungjawab semua khasnya para pengunjung pantai.

120120-save the ocean pantai Muara (2).jpg

Attachments
Created at 1/13/2020 10:35 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 1/13/2020 10:44 AM by Lee Chin Foo