Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
SMS TABUNG AMAL MANGSA KEBAKARAN DILANCARKAN

‚Äč14012020 Pelancaran SMS Tabung amal mangsa kebakaran  (6).jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin - Penerangan

Foto: Hjh Ajijah Ali - KKBS

 

BERAKAS, Khamis, 16 Januari 2020 - Dalam usaha meringankan beban bagi mangsa kebakaran di Kampung Pengiran Bendahara Lama, Majlis Pelancaran SMS Tabung Amal Mangsa Kebakaran Kampung Pengiran Bendahara Lama diadakan di Dewan Teater, Jabatan Daerah Brunei dan Muara, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat, seterusnya melancarkan SMS Tabung Amal tersebut, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong; dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin selaku Penasihat Bersama.

14012020 Pelancaran SMS Tabung amal mangsa kebakaran  (7).jpg

14012020 Pelancaran SMS Tabung amal mangsa kebakaran  (1).jpg

Atur cara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan tayangan klip video, seterusnya Majlis Pelancaran SMS Tabung Amal Kebakaran Kampung Pengiran Bendahara Lama dengan kerjasama Syarikat Data Stream Digital (DSD) Sdn. Bhd. dan Syarikat Progresif Sdn. Bhd. (PCSB) oleh para tetamu kehormat.

Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Sumbangan daripada Dewan Perniagaan India, iaitu daripada Parvati Textile Centre, Samima Sendirian Berhad dan Sifana Sendirian Berhad kepada wakil Tabung Amal Mangsa Kebakaran Kampung Pengiran Bendahara Lama, iaitu Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Awang Salminan bin Haji Burut; dan Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Haji Mohd. Hasnan bin Pengiran. Haji Ali Hassan.

Juga hadir, Setiausaha-setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha-setiausaha Tetap dari KHEDN dan KKBS; Pengarah-pengarah Urusan Syarikat; ketua-ketua jabatan; jemputan-jemputan khas; dan pegawai-pegawai kanan juga kakitangan di bawah KHEDN dan KKBS.

14012020 Pelancaran SMS Tabung amal mangsa kebakaran  (3).jpg

14012020 Pelancaran SMS Tabung amal mangsa kebakaran  (4).jpg

Attachments
Created at 1/18/2020 8:56 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 1/18/2020 8:56 AM by Lee Chin Foo