Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
TERTULIS' JUARA LAGU PILIHAN ANUGERAH PELANGI KE-7

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Dk. Siti Redzaimi Pg. Hj Ahmad - Penerangan

Foto: Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman - Penerangan

 

JERUDONG, Sabtu, 18 Januari 2020 - Lagu 'Tertulis' oleh Ezah Hashim dinobatkan sebagai juara bagi Kategori Lagu Pilihan Anugerah Pelangi Ke-7 yang berlangsung di Jerudong Park Country Club (JPCC) Ampitheatre, di sini.

'Tertulis' hasil ciptaan Ezah Hashim sendiri dan lirik ditulis oleh Sang Hikayat, merupakan salah sebuah lagu yang sering berkumandang di corong-corong radio.

Anugerah Eksklusif diberikan kepada Maria, iaitu sebagai pengiktirafan di atas sumbangan beliau dalam bidang seni nyanyian dalam negara, serantau dan antarabangsa.

180120-Anugerah Pelangi (2).jpg

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan anugerah bagi Anugerah Eksklusif ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Sementara itu, Rapul Rezal pula diumumkan sebagai pemenang bagi Vokal Lelaki Pilihan dalam Anugerah Pelangi Ke-7 dan Kategori Vokal Wanita Pilihan pula dijuarai oleh Ezah Hashim.

Manakala bagi Kategori Vokal Duo / Kumpulan pula diraih oleh Alilah dan Irfan, sementara Kategori Artis Baru Pilihan menjadi milik Syafiqah Rosli.

Lagu Inspirasi Pilihan diberikan kepada lagu 'Semberono', komposer Juan Madial dan lirik oleh Aznniel Yunus, Afiq Wafi, Indra dan Juan Madial nyanyian oleh mereka sendiri.

Muzik Video Pilihan pula dimenangi oleh lagu 'Rasa Ini Cinta' dan artisnya, Dila Junaidi, arahan Maman Shahrunezam dan terbitan Mancientry.

180120-Anugerah Pelangi (3).jpg

Setiap pemenang bagi setiap kategori telah membawa pulang wang tunai sebanyak BND2,000 berserta trofi dan sijil penghargaan.

Anugerah Pelangi adalah satu penghargaan dan pengiktirafan RTB kepada artis-artis tempatan yang bergiat aktif dalam bidang seni muzik termasuk nyanyian dan penciptaan lagu.

180120-Anugerah Pelangi (1).jpg

Anugerah tersebut diadakan setiap dua tahun bagi membolehkan para penggiat seni menghasilkan lebih banyak karya yang berkualiti tinggi dan memartabatkan lagi industri hiburan tempatan di negara ini.

Program perkhidmatan radio ini buat pertama kalinya dikendalikan oleh Pelangi FM pada 10 Disember 2005 yang diadakan dua tahun sekali untuk membolehkan penggiat seni menghasilkan karya seni yang berkualiti dan bermutu tinggi.

Sebanyak lapan kategori dipertandingkan pada Anugerah Pelangi Ke-7, iaitu Vokal Lelaki Pilihan, Vokal Wanita Pilihan, Artis Baru Pilihan, Vokal Duo / Kumpulan Pilihan, Lagu Pilihan, Lagu Inspirasi Pilihan dan Muzik Video Pilihan serta Anugerah Eksklusif.

Attachments
Created at 1/20/2020 10:00 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 1/20/2020 10:02 AM by Lee Chin Foo