Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
DPMM FC, TABUAN MUDA JUARA

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Saerah Haji Abdul Ghani / Foto : Mohd Sahrizal Haji Said - Penerangan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 19 Januari 2020 - Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NFABD) telah menobatkan DPMM FC sebagai juara Liga Belia Bawah 19 Tahun, manakala Tabuan Muda muncul juara bagi Liga Belia Bawah 16 Tahun.

Naib juara bagi perlawanan Liga Belia Bawah 19 Tahun disandang oleh Kasuka FC diikuti tempat ketiga pula ialah Kota Ranger FC. Manakala naib juara bagi perlawanan Liga Belia Bawah 16 Tahun pula disandang oleh DPMM FC sementara Projek Ikan Pusu berada di kedudukan yang ketiga.

Penyampaian trofi serta piala bagi pemenang Liga Belia Bawah 19 Tahun disampaikan oleh Timbalan Setiausaha Tetap Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan, Dr. Chin Wei Keh.

190120-Liga Belia 16 Tahun Bawah.jpg

Manakala trofi serta piala kepada pemenang Liga Belia Bawah 16 Tahun disampaikan oleh Pemangku Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said.

Presiden NFABD, Pengiran Haji Matussin bin Pengiran Haji Matassan turut hadir menyaksikan perlawanan tersebut.

Dalam acara tersebut, Awang Mohd Aisan Aizuddin bin Abdullah Muhd Aiman dari Kasuka FC dan Awang Mohd Syaherrul Affendy bin Mohd Syahmirul Nizam dari Tabuan Muda diumumkan sebagai Penjaring Terbanyak bagi Liga Belia Bawah 16 dan 19 Tahun.

Manakala Awang Mohd Syafiq Al Azim bin Sharizam dari DPMM FC dan Awangku Mohd Idzzaham Aleshahmezan bin Pengiran Metali dari Tabuan Muda diumumkan sebagai Pemain Terbaik bagi Liga Belia Bawah 16 dan 19 Tahun. Kasuka FC dan Rimba Star FC pula diumumkan sebagai penerima Fair Play Award.

Semasa perlawanan akhir Liga Belia Bawah 16 Tahun yang berlangsung di Stadium Negara Hassanal Bolkiah telah menyaksikan perlawanan antara DPMM FC dan Tabuan Muda yang berkesudahan seri 2-2.

Pada separuh masa pertama, perlawanan lebih dikuasai oleh DPMM FC sehingga ia berjaya memperoleh jaringan yang dilakukan oleh pemain jersi 2, Awang Mohd Akram Waqeel bin Bakri pada minit ke-5 dan menerusi pemain jersi 18, Awang Safwan Zawawi bin Sazalee pada minit ke-26.

Meskipun tiada jaringan dilakukan pada masa separuh masa pertama bagi Tabuan Muda, namun Tabuan Muda bangkit pada separuh masa kedua sekali gus berjaya menghasilkan gol pertamanya menerusi jaringan yang dilakukan oleh pemain jersi 9, Awang Mohd Syaherrul Affendy bin Mohd Syahmirul Nizam pada minit yang ke-36.

Empat minit masa tambahan dimanfaatkan oleh Tabuan Muda setelah berjaya menyamakan kedudukan mata hasil jaringan pemain jersi 10, Awangku Md Idzzaham Aleshahmezan bin Pengiran Metali.

Attachments
Created at 1/20/2020 10:09 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 1/20/2020 10:09 AM by Lee Chin Foo