Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
DBP 'B', KKBS RANGKUL JUARA

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad - Penerangan

Foto: Hj Mohd Norfaisal bin Hj Mat Salleh - KKBS

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 19 Januari 2020 - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 'B' muncul juara bagi Kategori Terbuka pada Kejohanan Futsal Piala Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Tahun 2020 setelah menewaskan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM).

Berada di tempat ketiga, Pusat Sejarah Brunei (PSB) 'A'.

Sementara bagi Kategori Veteran, gelaran juara dirangkul oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

Tempat kedua milik Jabatan Belia Sukan (JBS) 'A'; dan tempat ketiga diraih oleh JBS 'B'.

Perlawanan akhir berlangsung di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, di sini.

Majlis penyampaian hadiah kepada pasukan pemenang disampaikan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Kejohanan tersebut dianjurkan oleh KKBS, bermula sejak 14 Januari lalu.

Ia bertujuan untuk memberikan peluang kepada semua pegawai dan kakitangan di jabatan-jabatan dan bahagian-bahagian di bawah KKBS, selain memupuk semangat perpaduan juga kerjasama dalam kalangan pegawai dan kakitangan di semua peringkat jabatan-jabatan di bawah KKBS juga mengeratkan dan mengukuhkan lagi hubungan silaturahim di antara pegawai juga kakitangan.

Sebanyak lapan buah pasukan menyertai kejohanan berkenaan, iaitu bagi Kategori Terbuka dan empat buah pasukan bagi Kategori Veteran.

190120-Futsal Piala Menteri (7).jpg

190120-Futsal Piala Menteri (12).jpg


190120-Futsal Piala Menteri (13).jpg

190120-Futsal Piala Menteri (14).jpg

Attachments
Created at 1/20/2020 10:30 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 1/20/2020 10:30 AM by Lee Chin Foo