Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
ABDUL WAFI JUARA PIDATO KEBANGSAAN

‚Äč270120-Pertandingan Pidato (7).jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Rohani Haji Abdul Hamid - Penerangan

Foto: Hajah Ajijah Ali - KKBS

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 27 Januari 2020 - Dengan mengemukakan pidato yang bertajuk, 'Kompetensi Belia Menjulang Wawasan Negara', Awang Abdul Wafi bin Haji Abdul Rahman dari Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan muncul juara Peringkat Akhir Pertandingan Pidato Kebangsaan Brunei Darussalam Tahun 2020 dan menerima wang tunai sebanyak BND1,000 dan piala iringan.

270120-Pertandingan Pidato (8).jpg

Pertandingan yang berlangsung di Dewan Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka itu turut menyaksikan Awangku Mohd Nukman Syawqi bin Pengiran Mohd Salmin dari Pusat Tingkatan Enam Sengkurong berada tempat yang kedua dan menerima wang tunai sebanyak BND700, plak dan sijil, manakala Awang Muhammad Iqbal Syakib bin Haji Suhib dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali memenangi tempat ketiga dan menerima wang tunai sebanyak BND500, plak dan sijil.

270120-Pertandingan Pidato (3).jpg

270120-Pertandingan Pidato (6).jpg

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan.270120-Pertandingan Pidato (11).jpg

270120-Pertandingan Pidato (10).jpg

270120-Pertandingan Pidato (14).jpg

Pertandingan Pidato Kebangsaan Brunei Darussalam Tahun 2020 diadakan bagi meningkatkan keyakinan diri pelajar-pelajar untuk berucap dan mengekspresikan pemikiran serta pendapat mereka di hadapan khalayak ramai, di samping memantapkan lagi penguasaan serta kemahiran berbahasa para pelajar, iaitu dalam Bahasa Melayu Baku dan Bahasa Inggeris.

Pidato merupakan satu cabang seni penyampaian mesej komunikasi satu arah yang disampaikan secara lisan untuk mengungkapkan pemikiran yang mengandungi idea, konsep, menghuraikan dan merumuskannya secara berkesan untuk ditujukan kepada khalayak ramai atau audiens.

270120-Pertandingan Pidato (18).jpg

Attachments
Created at 1/28/2020 9:32 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 1/28/2020 9:32 AM by Lee Chin Foo