Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
KEDUTAAN AS ANJUR PERSEMBAHAN MUZIK HAWAII

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Haniza Abdul Latif - Penerangan

Foto: Azmah Haji Ahad - Penerangan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 29 Januari 2020 - Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Negara Brunei Darussalam (NBD) pada masa ini sedang menganjurkan pemuzik dari Hawaii, Daniel Ho dan Keali'i Ceballos selaku Duta Kesenian AS ke sini, dari 26 hingga 30 Januari 2020.

Sehubungan itu, Kedutaan AS di NBD mengadakan acara An Aloha Evening with Daniel Ho and Keali'i Ceballos, bertempat di Dewan Riadah, Pusat Belia, di sini.

Antara yang menyaksikan persembahan tersebut, Pemangku Pengarah Kebudayaan dan Seni, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Awang Haji Mohammad Abdoh bin Haji Awang Damit.

290120-Us Performance-infofoto.1.jpg

Semasa persembahan itu, Daniel Ho dan rakan-rakannya memainkan beberapa buah lagu tradisi Hawaii dan lagu tradisi Brunei, iaitu 'Adai-adai' bersama pemuzik tempatan.

290120-Us Performance-infofoto.2.jpg

Daniel Ho merupakan pemenang Anugerah Grammy sebanyak enam kali yang bermain instrumen ukulele dan gitar 'slack-key', juga menggubah dan menghasilkan lagu, antaranya Living in Paradise yang dipaparkan di siri TV 'Hawaii Five-O'.

Sementara itu, Keali'i Ceballos pula adalah seorang penari hula dan vokalis yang mengajar di UCLA, Santa Monica College, juga di Jepun, Taiwan, dan Mexico.

Turut menyertai persembahan tersebut, pemain dram dan perkusi, Randy Drake; pemain bass, Steve Billman; dan penyanyi vokal, Lydia Miyashiro-Ho.

Daniel Ho mengadakan persembahan bagi pihak Jabatan Negara AS sejak tahun 2011 untuk berkongsi bahasa universal dan kegemaran bermain muzik juga membuat lawatan ke Jepun, Taiwan, dan Australia untuk mengadakan bengkel pendidikan muzik juga membuat persembahan untuk penonton tempatan.

290120-Us Performance-infofoto.3.jpg

Semasa lawatan mereka ke Brunei, Daniel Ho dan Keali'i Ceballos mengadakan bengkel perkusi dan tarian di Pusat Belia, Relentless Academy, dan Avenue 41, di mana mereka mengajar mengenai sejarah muzik Hawaii sebagai genre muzik Amerika dan menunjukkan beberapa pengaruh muzik yang luas di Hawaii, termasuk samba dan jaz, juga kombinasi muzik 'reggae' pulau Jamaica dan Hawaiian yang dipanggil 'Jawaiian'.

Program Envoy Arts merupakan program perkongsian masyarakat seni yang terbaik di AS kepada dunia bagi memupuk pemahaman dan kerjasama silang budaya, di samping menunjukkan nilai juga aspirasi bersama.

Para profesional seni dari Amerika termasuk artis, artis visual, penyair, pelakon drama, pengarah teater dan filem, kurator, dan lain-lain, melancong ke luar negara untuk mengadakan bengkel, memberikan persembahan, dan menjadi mentor kepada para belia.

Program-program bertujuan untuk berhubung bersama masyarakat antarabangsa yang mungkin tidak berpeluang untuk melibatkan diri dengan para profesional seni dari Amerika.

290120-Us Performance-infofoto.4.jpg

Attachments
Created at 1/30/2020 1:53 PM by Lee Chin Foo
Last modified at 1/30/2020 1:57 PM by Lee Chin Foo