Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
TUJUH PELATIH TAMAT PENGAJIAN DIRAIKAN

30012020 Uniklearn 2019 graduation ceremony (11).jpg

[Sumber: Media Permata]

Berita: Salawati Haji Yahya – Media Permata

Foto: Hjh Ajijah Ali – KKBS

Bandar Seri Begawan, 30 Jan 2020 – Tujuh pelatih yang mengikuti Program UNIKLEARN selama 11 bulan hari ini diraikan pada Majlis Tamat Pengajian dan Upacara Pengijazahan yang berlangsung di salah sebuah hotel di Gadong.

Hadir selaku tetamu kehormat seterusnya menyampaikan hadiah kepada pelatih ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

30012020 Uniklearn 2019 graduation ceremony (3).jpg

Turut hadir ialah Pengerusi An-Nur Harapan Sdn Bhd, Pengiran Haji Salleh Ab Rahaman bin Pengiran Haji Damit dan ahli lembaga An-Nur Sdn Bhd, Dayang Noorsurainah binti Tengah dan ibu bapa para graduan.

30012020 Uniklearn 2019 graduation ceremony (12).jpg

UNIKLEARN merupakan latihan vokasional dan program yang dibiayai dan oleh An-Nur Haparan yang didedikasi untuk memacu perubahan bermakna dalam masyarakat, keluarga, individu dan alam semula jadi.

Ia sekali gus menjadi pemangkin kepada perubahan dengan membantu meminimumkan cabaran sosial masyarakat dengan penyelesaian strategik.

Program ini adalah latihan vokasional dan latihan perantisan untuk belia dengan kebolehan berlainan bagi memperkasakan sumbangan mereka kepada masyarakat.

Pelatih UNIKLEARN 2019 telah menjalani latihan di pelbagai agensi seperti Royal Brunei Catering, Hotel Mulia, Eco Bumi Arkitek, Poni Divers dan AMD United Transportation.

30012020 Uniklearn 2019 graduation ceremony (15).jpg

30012020 Uniklearn 2019 graduation ceremony (16).jpg

30012020 Uniklearn 2019 graduation ceremony (7).jpg

30012020 Uniklearn 2019 graduation ceremony (8).jpg

30012020 Uniklearn 2019 graduation ceremony (1).jpg

Attachments
Created at 2/1/2020 9:48 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 2/1/2020 9:48 AM by Lee Chin Foo