Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
MMPB TAMPILKAN BAKAT BELIA TEMPATAN

010220-MMPB Stadium (2).jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Rohani Haji Abdul Hamid - Penerangan

Foto: Pg Suhaimi bin Pg Hj Othman - KKBS

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 1 Februari 2020 - Pelbagai aktiviti menarik yang boleh disaksikan dan disertai oleh orang ramai pada Malam Minggu Pusat Belia (MMPB) yang berlangsung di Stadium Hassanal Bolkiah Berakas.

MMPB yang dikendalikan oleh golongan belia itu merupakan platform untuk membantu individu dan perkumpulan belia kreatif untuk berkembang dan menunjukkan hasil karya mereka secara terbuka.

Sepanjang program MMPB dilaksanakan sejak Januari 2019, belia-belia tempatan kini lebih berani untuk tampil ke hadapan melihatkan bakat-bakat yang terpendam.

Manakala daripada artis seni, banyak artis-artis jalanan yang berbakat melukis secara lakaran, potret hidup, seni khat dan juga reka bentuk moden.

Program tersebut mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dan telah mendapat sokongan dari pengunjung-pengunjung tempatan mahupun pelancong-pelancong dari luar negara.

010220-MMPB Stadium (3).jpg

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Md. Isham bin Haji Jaafar.

Acara dimulakan dengan sesi senamrobik, diikuti dengan tinjauan Yang Berhormat - Yang Berhormat ke petak-petak gerai.

Selain di Pusat Belia dan Dermaga Diraja Bandar Seri Begawan, MMPB telah merancang untuk memperluaskan lagi platform belia ini di tempat-tempat lain seperti Stadium Negara Hassanal Bolkiah dan juga di keempat-empat daerah.

010220-MMPB Stadium (1).jpg

010220-MMPB Stadium (5).jpg

010220-MMPB Stadium (7).jpg

Bagi mengetahui perkembangan lanjut atau ingin memberikan pendapat untuk MMPB, bolehlah mengikuti Facebook  'Malam Minggu Pusat Belia', Instagram '@mmpb_bn' dan e-mel 'contact.mmpb@gmail.com'.

010220-MMPB Stadium (4).jpg

Attachments
Created at 2/3/2020 10:04 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 2/3/2020 10:14 AM by Lee Chin Foo