Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
LUQMAN HADZID MUNCUL JUARA ITT 2020

02022020 kejohanan individual time trial peringkat kebangsaan (3).jpg

[Sumber: Media Permata]

Berita: Fadhil Yunus – Media Permata

Foto: Pg Suhaimi bin Pg Hj Othman – KKBS

Bandar Seri Begawa, 2 Feb 2020 – Pelumba berprofil tinggi Negara Brunei Darussalam, Luqman Hadzid menikmati permulaan yang sempurna dalam pertandingan berbasikal domestik utama pertama tahun ini selepas beliau muncul juara dalam kategori elit Kejohanan Kebangsaan untuk Percubaan Masa Individu (ITT 2020) hari ini.

02022020 kejohanan individual time trial peringkat kebangsaan (2).jpg

Pelumba yang mewakili negara di peringkat antarabangsa itu, mencatatkan masa 45 minit 55 saat untuk memenangi perlumbaan, berada di depan tempat kedua, Md Azwar bin Haji Md Hairolrani dengan catatan masa 47 minit 26 saat dan Abdul Qawi Abdullah dengan catatan 49 minit 37 saat di tempat ketiga.

Dianjurkan bersama oleh Persekutuan Berbasikal Brunei Darussalam (BDCF) dan Jabatan Belia dan Sukan di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), perlumbaan itu meliputi jarak 34km. Percubaan masa penunggang bermula di Lebuh Raya Muara-Tutong dan berakhir di Taman Rekreasi Bukit Shahbandar.

Seramai 52 peserta mengambil bahagian dalam acara itu, termasuk kategori untuk lelaki, wanita, remaja, veteran serta mereka yang kurang upaya. Juara elit, Luqman menyifatkan kemenangan itu sebagai detik terbaik dalam perlumbaan pertama untuk persekutuan berbasikal pada tahun ini.

Pemangku Presiden BDCF, Haji Sofian bin Haji Thani berkata, "saya amat berbesar hati dengan kerjasama erat antara KKBS dan BDCF dalam menganjurkan Kejohanan Kebangsaan Percubaan Individu 2020, kejohanan yang akan melahirkan calon untuk menyertai pasukan Kebangsaan."

Antara pemenang lain yang menyertai pertandingan ialah Reduan Yusop dalam kategori master, Pengiran Jaysen bin Pengiran Dato Paduka Haji Asmali dalam kategori veteran, Hafiz Zulfazli Md Alli dalam kategori junior dan Marnie Farizan Ahmad dalam kategori terbuka wanita.

Turut menyaksikan seterusnya menyampaikan hadiah ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

02022020 kejohanan individual time trial peringkat kebangsaan (5).jpg

02022020 kejohanan individual time trial peringkat kebangsaan (11).jpg

02022020 kejohanan individual time trial peringkat kebangsaan (14).jpg

Attachments
Created at 2/3/2020 10:13 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 2/3/2020 10:13 AM by Lee Chin Foo