Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
PERKASA WANITA DALAM BIDANG KEUSAHAWANAN

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Dk. Siti Redzaimi Pg. Hj Ahmad - Penerangan

Foto: Muhammad Asri Haji Awang Abas - Penerangan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 2 Februari 2020 - 'Perkasa Wanita: Kau Yang Teristimewa' adalah merupakan acara anjuran Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dengan kerjasama Kelab Komuniti Belia Trasnformasi (KKBT) yang diadakan sempena Sambutan Jubli Emas Pusat Belia.

Acara berlangsung di Stadium Tertutup, Kompleks Negara Hassanal Bolkiah, petang tadi.

Hadir selaku tetamu, isteri Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Nurhayana Janis binti Abdullah Lim.

020220-Perkasa Wanita-Kau Yang Teristimewa-infofoto.1.jpg

'Perkasa Wanita: Kau Yang Teristimewa' adalah slogan bagi acara berkenaan yang bermaksud para wanita adalah seorang insan yang istimewa bagi negara, bangsa, keluarga dan agama.

Maksud yang tersirat dari slogan tersebut ialah mengangkat darjat seorang wanita kerana kedudukan seorang wanita adalah sangat istimewa dan sangat diangkat seperti dalam sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud, "Wanita itu adalah pemimpin dalam rumah tangganya dan bertanggung tentang kepimpinan (Hadis riwayat Bukhari)".

Program disokong penuh oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Setia Paduka Haji Abidin semasa menerima cadangan daripada ahli kelab untuk mengadakan acara ini dengan jumlah keramaian 1000 orang wanita.

Antara tujuan program diadakan adalah untuk memangkin belia khususnya para wanita yang memerlukan sokongan, dukungan untuk lebih ke depan, yakin, berjiwa mulia, berilmu dan berpengetahuan bagi membantu diri sendiri, masyarakat, negara dan agama.

020220-Perkasa Wanita-Kau Yang Teristimewa-infofoto.2.jpg

Selain itu, ia juga bertujuan untuk melahirkan usahawan di kalangan wanita di dalam bidang kecantikan dan keterampilan diri serta membangkitkan keyakinan diri para wanita yang mempunyai masa silam yang ingin dilupakan dan melalui kehidupan masa depan yang lebih mencabar dan terjamin.

Antara perisian program seperti tayangan video montaj yang memaparkan mengenai 'Kekerasan Terhadap Wanita'; persembahan puisi dari Kris Karmila dan ceramah khas bertajuk 'Wanita Seribu Pesona Yang Dirindui di Syurga' yang disampaikan oleh Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr. Widad binti Haji Abdul Aziz.

Kemuncak acara adalah sesi perkongsian pengalaman bersama dua orang ahli panel iaitu Pegawai Pembangunan Masyarakat, Dayang Nurul Nazurah binti Jaya dan Dayang Zahra Callista dari WZ Beauty.

020220-Perkasa Wanita-Kau Yang Teristimewa-infofoto.3.jpg

Sesi perkongsian dipengerusikan oleh DJ Zureen dari Kristal FM.

Bengkel kecantikan juga diadakan bagi memberi pengetahuan tentang asas solekan serta alat yang sesuai untuk digunakan.

Bengkel dikendalikan oleh jurusolek tempatan yang berpengalaman dalam membuat demonstrasi solekan dan dibantu oleh seramai lima jurusolek lain.

020220-Perkasa Wanita-Kau Yang Teristimewa-infofoto.5.jpg

Attachments
Created at 2/4/2020 10:03 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 2/4/2020 10:03 AM by Lee Chin Foo