Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
PERKENALKAN BUDAYA KOREA MELALUI PERSEMBAHAN TARIAN

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad - Penerangan

Foto: Muhammad Asri Haji Abas - Penerangan


BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 5 Februari 2020 - Persembahan Malam Kebudayaan sempena Jubli Emas Penubuhan Pusat Belia Ke-50 Tahun telah diadakan malam tadi di Dewan Riadah, Pusat Belia di ibu negara.

Acara seumpamanya diadakan buat kali ketiga yang dikendalikan bersama oleh Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Brunei (MP3B) dengan kerja sama kelab-kelab di bawah Politeknik Brunei (PB), antara lain mempersembahkan tarian-tarian tradisi Korea dan moden dari tiga buah kumpulan kelab iaitu Kelab Kebudayaan Korea (KCC), Kelab Tarian dan Kelab Muzik.

050220-Persembahan Politeknik-50th Pusat Belia-infofoto.1.jpg

Hadir selaku tetamu kehormat, Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud.

Persembahan Malam Kebudayaan juga bertujuan untuk memeriahkan lagi sambutan penubuhan pusat belia berkenaan.

050220-Persembahan Politeknik-50th Pusat Belia-infofoto.2.jpg 050220-Persembahan Politeknik-50th Pusat Belia-infofoto.3.jpg

Para peserta yang membuat persembahan adalah terdiri daripada kelab-kelab para pelajar dari Sekolah Perniagaan, Sekolah Kejuteraan Sains, Sekolah Perubatan Sains dan School of Information and Communication Technology.

Persembahan adalah untuk memperkenalkan lagi kemahiran kelab budaya Korea kepada orang ramai dan peluang untuk mendedahkan lagi budaya Korea melalui persembahan tarian.

Persembahan malam tersebut dibukakan kepada orang ramai bagi menyaksikan tarian yang menceritakan tentang budaya Korea yang menggunakan muzik moden dan tradisional asli.

Attachments
Created at 2/6/2020 9:34 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 2/6/2020 9:34 AM by Lee Chin Foo