Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
28 KETUA KELUARGA TERIMA SUMBANGAN

‚Äč060220-Derma kebakaran.banjir Pusat bahagia (3).jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Mohamad Azmi Awang Damit - Penerangan

Foto: Hajah Ajijah Ali - KKBS

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 6 Februari 2020 - Seramai 28 orang ketua keluarga yang terlibat dalam bencana banjir dan bencana kebakaran khususnya bagi Daerah Brunei dan Muara telah menerima bantuan kewangan kerajaan dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan Imtiyaz, Pusat Bahagia Brunei Muara, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), di sini.

060220-Derma kebakaran.banjir Pusat bahagia.2.jpg

06022020 derma kebakaran.banjir di Pusat bahagia.6.jpg

Hadir bagi menyampaikan bantuan kepada ketua-ketua keluarga tersebut, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Sejumlah BND10,750.00 telah disumbangkan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan JAPEM kepada 14 ketua keluarga yang terlibat dalam bencana banjir di Kampung Kapok; Kampung Serasa; Kampung Kilanas; Kampung Batong dan empat orang ketua keluarga yang terlibat dalam bencana kebakaran di Kampung Pengiran Bendahara Lama.

Menurut, Pemangku Pengarah JAPEM, Dayang Rostinah binti Pehin Orang Kaya Seri Sura Pahlawan Dato Paduka Awang Haji Mohd Tahir, bantuan kewangan yang disumbangkan ini diharap akan dapat meringankan beban para mangsa yang terlibat dalam meneruskan membina semula kehidupan yang setentunya penuh dengan cabaran serta dugaan.

Beliau turut menyentuh bahawa pihaknya menyedari akan kepentingan bagi mempercepatkan pengagihan bantuan-bantuan kewangan ini dan sedang berusaha untuk mengemas kini proses penyiasatan dan proses pembayaran kepada mangsa-mangsa yang berkelayakan.

Selain itu, Dayang Rostinah turut menghargai kerjasama padu yang diberikan oleh agensi-agensi yang berkaitan seperti Jabatan Daerah, Kementerian Hal Ehwal Dalam negeri dan penghulu-penghulu mukim serta ketua-ketua kampung yang terlibat.

Turut hadir di majlis berkenaan, Pegawai-Pegawai Kanan di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, JAPEM dan Jabatan Daerah Brunei dan Muara.

Attachments
Created at 2/8/2020 9:58 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 2/8/2020 9:58 AM by Lee Chin Foo