Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
PEMENANG FOTOGRAFI BORNEO BULLETIN TERIMA HADIAH

060220-Penyampaian Hadiah Fotografi anjuran BB (9).jpg

[Sumber: Media Permata]

Berita: Syahmi Hassan – Media Permata

Foto: Hjh Ajijah Ali – KKBS

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 6 Feb 2020 – Para pemenang 'Borneo Bulletin Photography Contest 2019' telah menerima hadiah masing-masing pada majlis yang diadakan di One Riverside, Menglait, hari ini.

Lima kategori telah dipertandingkan dalam pertandingan berkenaan iaitu 'People & Culture'; 'Places & Landmarks'; 'Food & Sports'; 'Energy (Oil & Gas)' dan 'Industry'.

Chiew Wee Cheng muncul juara bagi Kategori 'People & Culture', Law Hieng Hing juara Kategori 'Places & Landmarks', tempat pertama bagi Kategori 'Food & Sports' dimenangi oleh Awang Hassnal Sulaiman, manakala Bong Poh Yuk memenangi tempat pertama bagi Kategori 'Energy (Oil & Gas)', dan Kategori 'Industry' dijuarai oleh Haji Mohammad Yusop bin Mohammad Yassin.

060220-Penyampaian Hadiah Fotografi anjuran BB (4).jpg

060220-Penyampaian Hadiah Fotografi anjuran BB (1).jpg

060220-Penyampaian Hadiah Fotografi anjuran BB (2).jpg

Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyampaikan hadiah-hadiah utama kepada para pemenang ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif QAF Brunei Group, Albert Lau.

Mengiringi Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang ialah Pengurus Besar Brunei Press Sdn Bdh, Hazizah Osman; Pengarah Urusan Syarikat Interhouse, Vincent Goh; dan Ketua Kumpulan Komunikasi Korporat Bank Baiduri Berhad, Dorothy Newn.

Sementara itu, hadiah-hadiah sagu hati untuk kelima-lima kategori berkenaan telah disampaikan oleh Pengurus Kewangan dan Operasi Brunei Press Sdn Bhd, Suzie Houng; Pengurus Besar Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL), Arlene Terrado; Pengurus Kewangan Makan Ceria, Dayang Nimewirnah binti Haji Hanafi; Ketua Perancangan dan Perkembangan Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP), Dayang Siti Diyana binti Abdullah, dan Ketua Pegawai Eksekutif Progresif Sdn Bhd, Hajah Nurul Haniah binti Haji Jaafar.

Terdahulu, Hazizah Osman dalam ucapan alu-aluannya mengongsikan bahawa Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) telah menyokong pertandingan tersebut sejak 2016.

Menurutnya, pertandingan yang diadakan buat kali ketiga itu telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dengan lebih 700 penyertaan di mana jurugambar yang beraspirasi dan berbakat diberi peluang untuk merakam gambar kreatif Brunei Darussalam dari mercu tanda, orang, makanan, sukan budaya, tenaga dan industri yang menjadi tumpuan utama peraduan tersebut.

060220-Penyampaian Hadiah Fotografi anjuran BB (7).jpg

Beliau menambah, memandangkan sambutan yang menggalakkan untuk pertandingan berkenaan selama ini, Brunei Press akan mengadakan lagi pertandingan berkenaan pada tahun ini yang akan diumumkan di Borneo Bulletin dan Media Permata nanti.

060220-Penyampaian Hadiah Fotografi anjuran BB (5).jpg

Pelbagai hadiah-hadiah menarik telah diberikan kepada para pemenang termasuk kamera Canon EOS 200D, akaun simpanan Bank Baiduri, telefon bimbit Huawei, talian pascabayar Progresif, DJI Osmo Mobile 2, mesin kopi CBTL, baucar CBTL, baucar McDonald's dan wang tunai yang ditaja oleh Interhouse Company, Bank Baiduri, BSP, Makan Ceria, CBTL dan Progresif.

Gambar-gambar yang menang telah diadili dan dipilih berdasarkan kualiti fotografi, kreativiti dan keberkesanan untuk menyampaikan kecantikan dan keunikan Brunei Darussalam oleh wakil penaja-penaja dan Brunei Press.

Attachments
Created at 2/8/2020 10:06 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 2/8/2020 10:06 AM by Lee Chin Foo