Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
KETENGAHKAN BUDAYA DAN SENI BRUNEI

070220-Festival Jubli Emas Pusat Belia.Gulintangan.infofoto.1.jpg

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei]

Berita dan Foto: Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin - Penerangan


BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 7 Februari 2020 - Dalam usaha untuk mengetengahkan bakat-bakat belia dalam bidang seni dan kebudayaan, Festival Jubli Emas Pusat Belia diteruskan lagi dengan acara 'Traditional Gulintangan Fusion Night' yang diadakan di Pusat Belia, Bandar Seri Begawan, di sini.

Acara yang melibatkan lebih daripada 60 peserta dan sukarelawan belia tersebut dianjurkan oleh Kelab Komuniti Belia Transformasi (KKBT) yang turut dijayakan oleh Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajah Mariam dan juga artis tanah air iaitu Lehin Titanz.

Persembahan pada malam tersebut menampilkan lagu-lagu tradisional dan moden yang dimainkan secara 'fusion', selain turut mempersembahkan lagu-lagu dan tarian antarabangsa.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Dr. Siti Norkhalbi Binti Haji Wahsalfelah.

Acara tersebut antara lain bertujuan memupuk semangat para belia agar lebih berkecimpung dalam bidang seni dan kebudayaan, selain untuk memberikan perhatian kepada kanak-kanak istimewa agar mereka tidak merasa disisihkan.

Acara tersebut menampakkan bahawa belia kitani berani untuk menceburi dan mempersembahkan budaya dan seni Brunei, serta mempunyai sikap pemedulian kepada kanak-kanak istimewa.

070220-Festival Jubli Emas Pusat Belia.Gulintangan.infofoto.2.jpg

Attachments
Created at 2/8/2020 1:41 PM by Lee Chin Foo
Last modified at 2/8/2020 1:41 PM by Lee Chin Foo