Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
PERSEMBAHAN LAGU ERA 80-AN, 90-AN SERIKAN PUSAT BELIA

‚Äč080220-Persembahan Era 80-an Jubli Emas Pusat Belia.infofoto.1.jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita dan Foto : Marlinawaty Hussin - Penerangan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Februari, Sabtu 2020 - Bersempena Hari Ulang Tahun Pusat Belia yang ke-50 Tahun, Excel Event Planning dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) telah menganjurkan pelbagai aktiviti pada 8 dan 9 Februari ini bertempat di Pusat Belia, di ibu negara.

Pada malam ini, Persembahan Live Band menampilkan empat band tempatan yang memainkan lagu-lagu era 1980-an hingga 1990-an di Dewan Riadah Pusat Belia memeriahkan lagi sambutan hari ulang tahun berkenaan.

Hadir menyaksikan persembahan tersebut ialah Setiausaha Tetap KKBS, Pengiran Haji Mohd. Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan selaku tetamu kehormat.

Pelbagai aktiviti telah disusun sepanjang sambutan selama dua hari itu yang melibatkan penyertaan pengusaha-pengusaha kecil dan sederhana tempatan yang akan mempamerkan jualan masakan, produk dan perkhidmatan mereka bermula 5.00 petang hingga 11.00 malam.

Selain itu, kumpulan dram percussions, Kamaloko juga akan mengadakan persembahan pada 9 Februari dari jam 5.00 petang hingga 10.00 malam.

Turut diadakan aktiviti bersama keluarga termasuk permainan fun fair mini, eagles show, pameran reptile, aktiviti memanah dan kelas bacaan Al-Quran.

Aktiviti berkenaan adalah sebagai platform yang telah diusahakan bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan bakat-bakat tempatan dan juga usahawan-usahawan muda di negara ini untuk membangunkan dan mempromosikan keusahawanan.

080220-Persembahan Era 80-an Jubli Emas Pusat Belia.infofoto.2.jpg

Attachments
Created at 2/10/2020 9:21 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 2/10/2020 9:21 AM by Lee Chin Foo