Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
PERKENALKAN BUDAYA MELALUI INTERAKSI RAKYAT, PENDUDUK

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Hernie Suliana Haji Othman - Penerangan

Foto: Pg Suhaimin bin Pg Hj Othman - KKBS

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 8 Februari 2020 - Memperkenalkan suatu budaya itu bukan hanya pengenalan satu arah, tetapi merupakan proses pembelajaran bersama di antara sesebuah negara dengan satu negara yang lain.

090220-Japanese Language and Culture Festival 2020 (7).jpg

Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Yamamoto Eiji berucap demikian pada Majlis Perasmian Festival Bahasa dan Budaya Jepun 2020 yang berlangsung sehingga 9 Februari.

090220-Japanese Language and Culture Festival 2020 (8).jpg

Tuan Yang Terutama percaya, budaya itu tidak akan berkembang dengan sendirinya tanpa interaksi rakyat dan penduduk sesuatu tempat, yang tidak terhad kepada budaya semata-mata, tetapi juga dalam bentuk makanan dan juga hobi.

090220-Japanese Language and Culture Festival 2020 (9).jpg

TYT juga memanjangkan rasa penghargaan kepada syarikat-syarikat Jepun di Brunei dan ahli-ahli alumni yang pernah mengikuti kursus dan melanjutkan pelajaran ke Jepun dalam bersama-sama mengongsikan budaya Jepun kepada rakyat di negara ini dengan pameran masing-masing pada festival tersebut.

Terdahulu TYT mengongsikan, Kedutaan Jepun di NBD dan Yayasan Jepun telah menganjurkan festival seumpamanya selama hampir 10 tahun dan tahun ini sebuah kumpulan didatangkan khas dari Jepun iaitu Yamanaka Traditional Band untuk memeriahkan festival dua hari berkenaan.

Yamanaka Traditional Band menggunakan alat-alat muzik tradisional Jepun seperti tsugaru-shamisen (gitar), seruling buluh (shinobue) dan gendang Jepun (wadaiko) untuk persembahan muzikal bertajuk "MUSASHI : Music From The East".

090220-Japanese Language and Culture Festival 2020 (11).jpg

090220-Japanese Language and Culture Festival 2020 (16).jpg

Hadir bagi menyempurnakan perasmian festival, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Seri Paduka Awang Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan isteri, Datin Hajah Norhayana Janis binti Abdullah Lim.

090220-Japanese Language and Culture Festival 2020 (1).jpg

Beberapa aktiviti menarik telah disediakan untuk penyertaan orang ramai dalam festival yang diadakan di Kompleks Membeli Belah Times Square selaku penganjur bersama, antaranya demonstrasi masakan dari Kedutaan Jepun dan demonstrasi permainan kendama dan yoyo.

090220-Japanese Language and Culture Festival 2020 (20).jpg

090220-Japanese Language and Culture Festival 2020 (5).jpg

Juga diadakan petak-petak pameran bagi sesi perkongsian pembelajaran di Jepun dan pembelajaran asas Bahasa Jepun, persembahan dari persatuan alumni BERSATU, BJFA-UBD Chapters, BJFA-UTB Chapters dan aktiviti jualan syarikat tempatan yang menawarkan produk dan perkhidmatan berkaitan Jepun.

090220-Japanese Language and Culture Festival 2020 (2).jpg

Attachments
Created at 2/10/2020 9:35 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 2/10/2020 10:32 AM by Lee Chin Foo