Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
PASUKAN GEMILANG BIRU 2 JULANG PIALA REBUTAN

090220-Tetra Challenge Competition Persatuan ALUMNI PKBN (11).jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman - Penerangan

Foto: Pg Suhaimi bin Pg Hj Othman - KKBS


TEMBURONG, Ahad, 9 Februari 2020 – Pasukan Gemilang Biru 2 yang diwakili oleh para pelatih Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) ke-sembilan berjaya menjulang Piala Rebutan setelah memenangi Pertandingan Tetra-Challenge Persatuan Alumni Program Khidmat Bakti Negara (PAPKBN) yang diadakan buat kali kedua berlangsung di Kem Latihan PKBN, Kampung Batu Apoi, di sini.

090220-Tetra Challenge Competition Persatuan ALUMNI PKBN (12).jpg

Pertandingan kali ini yang merangkumi empat aspek perlawanan iaitu Perlawanan Merempuh Halangan, Perlawanan Merintis (aktiviti tambahan tahun ini), Perlawanan Tarik Kalat dan Perlawanan Wall Climbing menyaksikan sebanyak enam buah pasukan menyertainya iaitu Pasukan PKBN Satu(Gemilang 1), Pasukan PKBN Dua (Gemilang 2), Pasukan PAPKBN (Wira Perkasa), Pasukan Sekolah Menengah Sultan Hassan Bangar 1, Pasukan Sekolah Menengah Sultan Hassan Bangar 2; dan Pasukan Belia Temburong.

090220-Tetra Challenge Competition Persatuan ALUMNI PKBN (18).jpg

Hadir selaku tetamu kehormat merasmikan pertandingan dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, , Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Pada pertandingan tersebut, pasukan Gemilang 2 juga meraih tempat pertama dalam perlawanan Merempuh Halangan, perlawanan Merintis dan Wall Climbing.

Tempat kedua dan ketiga bagi perlawanan Merempuh Halangan dan Merintis pula masing-masing dimenangi oleh pasukan Gemilang 1 dan Wira Perkasa.

Manakala bagi acara Wall Climbing, tempat pertama diraih oleh pasukan Gemilang Biru 2 diikuti dengan Gemilang Biru 1 sementara pasukan Sekolah Menengah Sultan Hassan Bangar 1 memenangi tempat pertama pada perlawanan Tarik kalat berkumpulan diikuti dengan Gemilang Biru 2 ditempat kedua.

Terdahulu Pengerusi PAPKBN, Dayang Sabrina binti Mahmud dalam ucapan alu-aluannya antara lain menjelaskan tujuan pertandingan diadakan ialah untuk memupuk dan memantapkan nilai jati diri yang tinggi dan ciri keperibadian yang positif di dalam para peserta perlawanan.

Pada masa yang sama ianya juga bagi menanamkan sifat kerjasama, persefahaman dan persepaduan di kalangan ahli pasukan dan juga meningkatkan ketahanan fizikal dan mental, di samping menanam, memupuk serta meningkatkan semangat bertanding secara sihat.

090220-Tetra Challenge Competition Persatuan ALUMNI PKBN (1).jpg

090220-Tetra Challenge Competition Persatuan ALUMNI PKBN (24).jpg

090220-Tetra Challenge Competition Persatuan ALUMNI PKBN (25).jpg

Beliau turut berharap para peserta, ahli alumni PKBN, dan para belia akan sentiasa bersemangat untuk menyumbangkan khidmat dan bakti terhadap agama bangsa dan Negara.

090220-Tetra Challenge Competition Persatuan ALUMNI PKBN (22).jpg

090220-Tetra Challenge Competition Persatuan ALUMNI PKBN (21).jpg

Pada tahun lepas, PAPKBN telah mengungkayahkan acara yang serupa iaitu Tri-Challenge Competition yang hanya merangkumi Perlawanan Merempuh Halangan, Perlawanan Tarik Kalat dan Perlawanan Wall Climbing sahaja.

Pertandingan ini dihasrat untuk memupuk semangat kesukanan di samping menyemarakkan lagi semangat kesepaduan di antara belia-belia di Daerah Temburong.

090220-Tetra Challenge Competition Persatuan ALUMNI PKBN (3).jpg

Turut hadir, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji selaku Penghulu Mukim Bokok; Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Mohd. Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud; Timbalan Setiausaha Tetap KKBS, Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said; Pengarah Bahagian Khidmat Bakti Negara, Kolonel (B) Pengiran Haji Zulkifli bin Pengiran Haji Ismail; Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Awang Abdul Ghani bin Haji Othman; Program Komandan Kem Latihan Khidmat Bakti Negara, Mejar (B) Haji Mohammad bin Dollah, dan pegawai-pegawai KKBS.

090220-Tetra Challenge Competition Persatuan ALUMNI PKBN (5).jpg

090220-Tetra Challenge Competition Persatuan ALUMNI PKBN (8).jpg

090220-Tetra Challenge Competition Persatuan ALUMNI PKBN (13).jpg

Attachments
Created at 2/10/2020 9:47 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 2/10/2020 10:47 AM by Lee Chin Foo