Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
TERUSKAN MEMBERI SOKONGAN KEPADA PELAJAR MEMERLUKAN

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad - Penerangan

Foto: Pg Suhaimi bin Pg Hj Othman - KKBS

 

MENTIRI, Ahad, 9 Februari 2020 - Bagi memberikan bantuan kepada pelajar yang memerlukan, seramai 52 pelajar Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) tahun ini menyertai Program Curahan Ilmu.

090220-Program Curahan Ilmu2020 (5).jpg

Hadir bagi menyempurnakan pelancaran program yang berlangsung di Dewan Sekolah Rendah (SR) Dato Mohd. Yassin Mukim Mentiri itu ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Program merupakan inisiatif dan anjuran Biro Kemasyarakatan dan Perhubungan, Majlis Perundingan Kampung (MPK) Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Panchor Mengkubau; Teachmeguru dan Kelab Komuniti Belia Transformasi (KKBT).

090220-Program Curahan Ilmu2020 (6).jpg

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan pada majlis tersebut menjelaskan, sejak program dimulakan pada tahun 2018, program tersebut amatlah dekat di hati kerana ia merupakan satu langkah yang mempunyai impak besar ke arah meningkatkan prestasi para pelajar daripada golongan yang tertentu dan yang memerlukan bimbingan secara inklusif.

Yang Berhormat turut berbangga dan berbesar hati kerana program ini merupakan kesinambungan daripada tahun lepas dan adalah kali ketiga ia dilaksanakan.

Dengan adanya program tersebut, Yang Berhormat menyeru kepada peserta program untuk mengambil peluang keemasan ini dengan sepenuhnya.

Yang Berhormat turut menyeru para ibu bapa untuk sama memberikan sokongan secara berterusan kepada anak-anak untuk meraih kejayaan di masa akan datang kerana sokongan dan dukungan berterusan ini amatlah mustahak demi untuk mengorak masa depan yang cerah bagi generasi muda yang memerlukan bimbingan.

090220-Program Curahan Ilmu2020 (2).jpg

Pelajar yang terlibat adalah dari beberapa buah sekolah rendah yang terpilih.

Pelajar yang dikenalpasti ini akan diberikan pembelajaran tuisyen secara percuma bagi empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris.

Kesemua pelajar yang terlibat adalah daripada golongan keluarga yang kurang berkemampuan, anak yatim dan mereka yang memerlukan yang tinggal di RPN Kampung Panchor Mengkubau, Mukim Mentiri.

Program Curahan Ilmu 2020 sebelum ini dikenali dengan Program Wakaf Ilmu di mana dengan nama baharu ini, ia akan memberi nafas baharu kepada pelajar, guru dan jawatankuasa penyelenggara bagi mengungkayahkan program berkenaan dengan lebih bersemangat dan terus maju meningkatkan kejayaan pelajar tahun ini.

090220-Program Curahan Ilmu2020 (7).jpg

090220-Program Curahan Ilmu2020 (9).jpg

090220-Program Curahan Ilmu2020 (3).jpg

Attachments
Created at 2/10/2020 9:57 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 2/10/2020 10:54 AM by Lee Chin Foo