Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
TEATER MUZIKAL TONJOL KERJASAMA BUDAYA, SENI DUA NEGARA

​[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Khartini Hamir - Penerangan

Foto: Azmah Haji Ahad - Penerangan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 14 Februari 2020 - Berkisarkan suasana Perancis pada musim sejuk tahun 1950-an, satu persembahan teater muzikal bertajuk '8 Women' dengan tema misteri pembunuhan membuka tirainya malam tadi yang mengambil tempat di Serambi Batil, Tarindak D'Seni, di ibu negara.

Ia merupakan sebuah persembahan berbentuk teater muzikal mengisahkan lapan wanita yang cuba untuk merungkai misteri pembunuhan tuan rumah.

140220-Teater Musikal Perancis.infofoto.1.jpg

Hadir selaku tetamu kehormat menyaksikan persembahan tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Teater muzikal yang mendapat sambutan luar biasa daripada para penonton yang hadir malam tadi merupakan arahan Pengarah Teater, Joanna Kwan.

Persembahan teater muzikal itu merupakan projek kerjasama antara Alliance Française dan 247 Studios sebagai salah satu acara dan aktiviti bersempena Bulan Francophonie 2020, yang mana tahun ini menampilkan persembahan teater karya Robert Thomas yang ditulis pada tahun 1958 dan disiarkan di layar skrin oleh François Ozon pada tahun 2002.

140220-Teater Musikal Perancis.infofoto.2.jpg

Teater muzikal anjuran Alliance Française Brunei Darussalam dengan sokongan Kedutaan Besar Perancis di Negara Brunei Darussalam antara lain dihasratkan ingin menonjolkan kerjasama budaya dan seni antara kedua-dua buah negara.

La Francophine dimanifestasikan dalam pertukaran, dialog dan interaksi antara kedua-dua budaya yang kaya serta pelbagai, di mana rasa ingin tahu bersama telah meningkatkan penganjuran acara budaya dan panorama tersendiri.

Para pelakon amatur yang terlibat dalam pementasan teater ini telah diberikan kelas bimbingan oleh jurulatih suara dari Neo Classic Music School dan oleh Charlotte Lim dari D'Music Motion Fitness Studio, dan setiap karakter turut mengenakan busana yang dibuat oleh Pereka Perancis dari Kemboja, Éric Raisina.

Éric Raisina akan mempamerkan koleksi terbaharunya pada 15 Februari ini di No. 15, Simpang 140-36, Jalan Tungku dari jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang.

Attachments
Created at 2/16/2020 11:13 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 2/16/2020 11:13 AM by Lee Chin Foo