Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
PKBN TERUSKAN KEGIATAN KEROHANIAN

​[Sumber: Pelita Brunei]

​Berita: Rohani Haji Abdul Hamid - Penerangan

Foto: Ak. Mohd. Aminol Adi Azraie bin Pg. Haji Nikman - Penerangan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 15 Februari 2020 – Dalam usaha  mendedahkan kepada para pelatih untuk sentiasa cenderung kepada aspek-aspek keugamaan secara holistik dan sosial, Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) telah mengadakan Majlis Solat Subuh hari ini.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Mohammad Bolkiah, Kampung Serusop.

150220-PKBN.Solat Subuh.infofoto.1.jpg

Turut hadir bersama di majlis tersebut, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon selaku Penghulu Mukim Berakas B dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

Majlis Solat Subuh berjemaah bersama Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan ini adalah salah satu tradisi yang diadakan pada setiap pengambilan PKBN dengan menunaikan solat Subuh secara berjemaah di masjid-masjid dan balai-balai ibadat serta julung-julung kalinya diadakan di Masjid Ash-Shaliheen, Bandar Seri Begawan.

150220-PKBN.Solat Subuh.infofoto.2.jpg

Sejurus selesai menunaikan solat Subuh berjemaah, Yang Berhormat Menteri beredar ke Perkampungan Sukan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas bagi menyaksikan Upacara Menaikkan Bendera dan Menyanyikan Lagu Kebangsaan, Pembacaan Ikrar, Sorak PKBN, nyanyian lagu "Sedia Berbakti" dan diberkati dengan Bacaan Doa.

Seterusnya Yang Berhormat Menteri menyaksikan sesi latihan jasmani yang dibuat oleh para pelatih PKBN Pengambilan Ke-9 dan bagi mengakhiri lawatan berkenaan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan bersarapan pagi bersama semua para pelatih PKBN.

Para Pelatih PKBN Pengambilan Ke-9 serta warga Bahagian Khidmat Bakti Negara (BKBN), KKBS amat berbesar hati diatas kehadiran Yang Berhormat Menteri serta rombongan bagi memberikan semangat jitu kepada para pelatih dalam mengharungi kehidupan dengan tabah dalam membina jati diri demi agama, bangsa dan negara serta memartabatkan imej negara menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai Negara Zikir sesuai dengan konsep Melayu Islam Beraja.

Attachments
Created at 2/16/2020 11:26 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 2/16/2020 11:26 AM by Lee Chin Foo