Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
PENGAGIHAN BENDERA KECIL KEEMPAT DAERAH

‚Äč[Sumber: Siaran Akhbar KKBS]

Foto: Infofoto (Penerangan) & Hjh Ajijah Ali (KKBS)


Sabtu 15 Februari 2020 - Majlis Pengagihan Bendera Kecil Meja dan Program Semarak Pengibaran Bendera bagi Pelajar-Pelajar Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Sekolah Ugama/Arab telah berlangsung secara serentak di keempat Daerah dengan tumpuan utama di Daerah Belait.

150220-Belait-Bendera Kecil (21).jpg

Berangkat selaku Tetamu Kehormat bagi menyempurnakan Majlis Utama Pengagihan Bendera Kecil dan Program Semarak Pengibaran Bendera yang berlangsung di Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Saadatul Bolkiah, Lumut, Kuala Belait ialah Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar, Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara selaku Timbalan Pegerusi Bersama Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-36, Tahun 2020.

150220-Bendera Kecil BM.infofoto.1.jpg

Di Daerah Brunei dan Muara, tumpuan Majlis Pengagihan Bendera Kecil dan Program Semarak Pengibaran Bendera berlangsung di Sekolah Rendah Pengiran Anak Puteri Besar, Sungai Kebun dan hadir selaku Tetamu Kehormat  ialah Yang Mulia Awang Salminan bin Haji Burut, Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

 150220-TUTONG bendera kecil (12).jpg

Di Daerah Tutong Majlis berlangsung di Sekolah Chung Hwa, Kiudang, Tutong dan hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama.

 150220-Temburong Bendera Kecil (2).jpg

Manakala di Daerah Temburong, Majlis berlangsung di Sekolah Ugama Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Sekolah Arab Daerah Temburong. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Brigadier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma'awiah, Setiausaha Tetap, Kementerian Pertahanan.

Antara pengisian yang dimuatkan dalam majlis ini ialah Pengagihan Bendera Kecil Meja kepada Pelajar-Pelajar Sekolah, wakil sekolah-sekolah di daerah tersebut yang dijemput dan persatuan-persatuan belia yang dijemput. Selain itu, tayangan video animasi, tatacara pengibaran bendera yang sempurna dan semangat pengibaran bendera yang diselenggarakan oleh Jabatan Penerangan mengenai dengan pengibaran bendera turut dimuatkan dalam majlis ini sebagai usaha bagi menyemai kecintaan dan rasa patriotisme dalam jati diri belia dari akar umbi.

Daerah Belait

150220-Belait-Bendera Kecil (3).jpg
150220-Belait-Bendera Kecil (6).jpg

150220-Belait-Bendera Kecil (8).jpg

Daerah Brunei Muara

IMG-20200215-WA0009.jpg

150220-Bendera Kecil BM.infofoto.2.jpg

Daerah Tutong

150220-TUTONG bendera kecil (10).jpg

150220-TUTONG bendera kecil (23).jpg

150220-TUTONG bendera kecil (7).jpg

Daerah Temburong

150220-TEMB. Bendera Kecil (2).jpg

150220-TEMB. Bendera Kecil (4).jpg

150220-Temburong Bendera Kecil-infofoto.1jpg.jpg

Attachments
Created at 2/16/2020 12:10 PM by Lee Chin Foo
Last modified at 2/17/2020 12:01 PM by Lee Chin Foo