Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
BENDERA BESAR NBD BERKIBAR MEGAH

​[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Nooratini Haji Abas – Penerangan

Foto: Pg Suhaimi bin Pg Hj Othman - KKBS 

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 16 Februari 2020 - Bendera Besar Negara Brunei Darussalam (NBD) berkibar megah di ibu negara sekali gus menandakan bermulanya acara-acara keraian sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan NBD Ke-36, Tahun 2020.

160220-Naik Bendera Besar (10).jpg

Upacara Pengibaran Bendera Besar NBD sempena sambutan tersebut diadakan hari ini di Kawasan Lapang, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, di ibu negara, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat pada upacara tersebut ialah Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong.

Juga hadir, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari Kebangsaan NBD Ke-36, Tahun 2020.

Upacara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam oleh Pegawai Masjid, Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Begawan Mudim Haji Matassim bin Haji Metusin.

Seterusnya, anggota-anggota Tentera Laut Diraja Brunei berarak masuk bagi penyerahan dan penerimaan Bendera Besar NBD daripada tetamu kehormat majlis.

160220-Naik Bendera Besar (11).jpg

160220-Naik Bendera Besar (1).jpg

Penyempurnaan Upacara Menaikkan Bendera Besar Negara diiringi dengan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan' daripada kumpulan koir Sekolah Menengah Berakas yang terdiri daripada 36 penuntut lelaki dan 36 penuntut perempuan, serta pasukan Pancaragam Polis Diraja Brunei.

160220-Naik Bendera Besar (2).jpg

160220-Naik Bendera Besar (9).jpg

Ia juga disemarakkan lagi dengan persembahan dua buah lagu-lagu patriotik bersama kibaran bendera kecil.

Majlis diakhiri dengan penyampaian bendera-bendera negara dan poster-poster sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-36, Tahun 2020 kepada Pegawai-pegawai Daerah.

160220-Naik Bendera Besar (5).jpg

160220-Naik Bendera Besar (7).jpg

Attachments
Created at 2/17/2020 4:27 PM by Lee Chin Foo
Last modified at 2/17/2020 4:28 PM by Lee Chin Foo