Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
TAKLIMAT KEWASPADAAN JANGKITAN COVID-19

‚ÄčSiaran Akhbar & Foto: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 18 Februari 2020 - Dalam memastikan kewaspadaan dan langkah-langkah bagi melindungi diri dari jangkitan COVID-19, taklimat mengenai penyakit tersebut telah diadakan di Stadium Tertutup. Taklimat tersebut dihadiri oleh ketua-ketua pasukan perbarisan dan peserta-peserta persembahan padang untuk sambutan Hari Kebangsaan yang ke-36 tahun.

Taklimat tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan di mana pihak kementerian telah menjemput pakar dari Kementerian Kesihatan dan Pusat Promosi Kesihatan untuk memberikan keterangan mengenai kesedaran dan langkah berjaga-jaga khususnya buat peserta yang terlibat dalam acara berkenaan.

IMG-20200218-WA0008.jpg

Tiga penceramah iaitu Pakar Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan, Dr. Justin Wong, Pegawai Perubatan Kanan, Ketua Pusat Promosi Kesihatan, Dr Hajah Norhayati binti Haji Kassim dan Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Kewangan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah dijemput bagi memberikan taklimat mengenai perkara tersebut.

IMG-20200218-WA0006.jpg

Para penceramah telah menekankan mengenai beberapa perkara yang berhubung kait dengan penyakit tersebut, antaranya, sentiasa mencuci tangan dengan menggunakan sabun atau 'hand sanitizer' (yang mengandungi alkohol), keringkan tangan selepas itu. Kemudian elakkan daripada menyentuh mata, hidung dan mulut jika tersentuh dengan permukaan yang dicemari oleh virus.

Seterusnya, elakkan mendekati mereka yang sakit (kecuali penjaga) dan elakkan untuk berjabat tangan. Berehat di rumah kalau kurang sihat kerana awda akan dapat membantu mencegah orang lain daripada dijangkiti penyakit tersebut. Selain itu, tutup mulut dan hidung dengan menggunakan tisu kalau batuk atau bersin. Jika tidak mempunyai tisu, awda boleh batuk atau bersin ke lengan baju dan bukan di tangan.

Kemudian, amalkan cara hidup yang sihat iaitu tidak merokok, mendapatkan tidur yang mencukupi, tidak tertekan, mengamalkan minum air putih yang banyak, makanan yang seimbang dan patuhi pengambilan ubatan-ubatan. Jika awda terasa kurang sihat, jumpa doktor dengan segera dan tangguhkan perjalanan.  

IMG-20200218-WA0007.jpg

Jika awda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkembangan terkini, awda boleh menghubungi di talian +673 2381380 / +673 2381383. Pastikan awda menggunakan penutup mulut jika merasa badan kurang sihat dan tahu cara menggunakan penutup mulut dengan betul.

Manakala bagi ketua-ketua pasukan pula, mereka disarankan untuk mengetuai situasi semasa mengenai Covid-19 dan memastikan individu yang menghidap demam panas untuk dikecualikan. Selain itu, memastikan mana-mana peserta yang pernah pergi ke China selepas 14 hari lalu untuk tidak menyertai acara.

Di samping itu, ketua pasukan juga bertanggungjawab dalam memastikan untuk menjaga kebersihan kawasan sekitar di mana sahaja mereka berada dan menyediakan kemudahan peralatan yang mencukupi seperti 'hand sanitizer'. Sila layari 'www.moh.gov.bn' untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai Covid-19.

Attachments
Created at 2/19/2020 2:09 PM by Lee Chin Foo
Last modified at 2/19/2020 2:11 PM by Lee Chin Foo