Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
PKWE BELAIT DIRASMIKAN

19022020 perasmian pusat kegiatan warga emas Daerah Belait (7).jpg

[Sumber: Media Permata]

Berita: Daniel Lim – Media Permata

Foto: Hajah Ajijah Ali - KKBS

BELAIT, 19 Feb 2020 – Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Daerah Belait yang terletak di Jalan Panglima, Kuala Belait telah dirasmikan hari ini.

Perasmiannya telah disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin pada majlis yang diadakan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) menerusi Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dengan kerjasama PKWE Daerah Belait.

19022020 perasmian pusat kegiatan warga emas Daerah Belait (11).jpg

Turut hadir pada majlis itu ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara dan Pemangku Penghulu Mukim Labi 1, Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd Siput; Setiausaha Tetap di KKBS, Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan; Timbalan Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan) di KKBS, Dayang Saidah binti Haji Wahid@Burut; Pegawai Daerah Belait, Awang Ramlee bin Haji Jamudin; Pengarah Sumber Manusia Syarikat Minyak Brunei Shell (BSP), Hajah Zainab binti MA Omar; Pemangku Pengarah JAPEM, Dayang Rostinah binti Pehin Orang Kaya Seri Sura Pahlawan Dato Paduka Haji Mohd Tahir, penghulu mukin dan ketua kampung dari kawasan sekitar serta ahli-ahli PKWE Daerah Brunei dan Muara, Tutong dan Temburong.

19022020 perasmian pusat kegiatan warga emas Daerah Belait (10).jpg

Pembukaan pusat berkenaan adalah usaha bersama yang dilaksanakan bermula dengan sumbangan daripada BSP yang bukan sahaja menyerahkan bangunan berkenaan malah mengubahsuai perkarangannya sesuai untuk keperluan warga emas yang akan menggunakan kemudahan di pusat berkenaan, sementara itu, perabot dan peralatan selebihnya pula dibekalkan oleh JAPEM.

Pengurus Pentadbiran PKWE Daerah Belait, Awang K. Salim bin Abdul Karim dalam ucapannya menjelaskan bagaimana penubuhan pusat berkenaan akan memberi manfaat kepada warga emas di kawasan sekitar daerah ini.

'Salah satu objektif pusat ini adalah untuk menyediakan aspek interaksi sosial dan perangkaian kepada warga emas, mempromosi kesihatan dan keprihatinan terhadap warga emas, terutamanya dalam kalangan belia,' ujarnya.

Di samping itu, pusat berkenaan juga bertujugan untuk mengurangkan sindrom kesepian dan kebosanan bagi warga emas yang mempunyai anak yang sibuk.

Sebagai pusat sokongan masyarakat tempatan yang boleh menyediakan pelbagai aktiviti untuk disertai warga emas, tambah beliau, pusat berkenaan bermatlamat unutk menjadi sumber penghargaan bagi warga emas terutama kepada belia-belia yang juga akan mendapat manfaat daripada pengetahuan dan pengalaman yang boleh diturunkan.

Majlis perasmian menyaksikan penyerahan replika kunci daripada Hajah Zainab kepada Awang K Salim dengan disaksikan tetamu kehormat.

19022020 perasmian pusat kegiatan warga emas Daerah Belait (9).jpg

Kemudian, Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan memotong reben bagi merasmikan pusat berkenaan sebelum meninjau pelbagai kemudahan dan bilik yang terdapat di dalam bangunan berkenaan. Ia dilengkapi dengan pelbagai peralatan bagi memenuhi sejumlah aktiviti yang dijalankan di sana.

19022020 perasmian pusat kegiatan warga emas Daerah Belait (4).jpg

19022020 perasmian pusat kegiatan warga emas Daerah Belait (3).jpg

19022020 perasmian pusat kegiatan warga emas Daerah Belait (5).jpg

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan juga menyaksikan beberapa produk yang dihasilkan oleh warga emas serti aktivtiti yang dijalankan di pusat berkenaan.

Awang K Salim, dalam temubual, memberitahu bahawa pusat berkenaan telah merancang jadual mingguan bagi aktivti-aktiviti yang dijalankan di pusat tersebut seperti masakan, menganyam hingga membaca Tahlil dan sebagainya.

19022020 perasmian pusat kegiatan warga emas Daerah Belait (1).jpg

19022020 perasmian pusat kegiatan warga emas Daerah Belait (15).jpg

Dengan lebih 100 orang ahli, penubuhan pusat berkenaan di daerah ini akan memenuhi keperluan warga emas dalam meneruskan gaya hidup sihat dan terlibat secara aktif dalam aktiviti-aktiviti dan program yang sesuai dengan usia mereka.

19022020 perasmian pusat kegiatan warga emas Daerah Belait (13).jpg

Attachments
Created at 2/20/2020 3:18 PM by Lee Chin Foo
Last modified at 2/20/2020 3:36 PM by Lee Chin Foo