Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
700 WARGA EMAS MULAKAN BACAAN 74 KALI KHATAM

[Sumber: Media Permata]

Berita: Salawati Haji Yahya – Media Permata

Foto: Pg Suhaimi bin Pg Hj Othman - KKBS

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 8 Mac 2020 Seramai 700 orang warga emas di seluruh negara menyertai pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran bagi Majlis 74 kali Khatam Al-Quran kali kedua yang bermula hari ini.

Pelancaran Majlis 74 Kali Khatam yang berlangsung di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Madang/Manggis itu disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, selaku tetamu kehormat majlis.

08032020 Pelancaran 74 kali khatam al-quran kali ke 2 masjid kg manggis (4).jpg

Majlis anjuran Pertubuhan Wargaemas Brunei Darussalam itu dihasrat sebagai 'Pesambah Istimewa' kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sekali gus sebagai tanda syukur dan memeriahkan lagi Sambutan Hari Keputeraan Baginda ke-74 pada Tahun ini.

Pada majlis itu, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan mengetuai bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan bacaan doa bagi memulakan bacaan Al-Quran diikuti dengan bacaan lima halaman juz pertama Al-Quran.

08032020 Pelancaran 74 kali khatam al-quran kali ke 2 masjid kg manggis (8).jpg

08032020 Pelancaran 74 kali khatam al-quran kali ke 2 masjid kg manggis (5).jpg08032020 Pelancaran 74 kali khatam al-quran kali ke 2 masjid kg manggis (3).jpg

Manakala Doa Selamat dan Doa Peliharakan Sultan pula dibacakan oleh imam masjid berkenaan. Pertubuhan Wargaemas Brunei Darussalam ditubuhkan untuk menyatukan warga emas seluruh Negara yang mana pada masa ini sedang merancang beberapa program dan aktiviti yang menjurus kepada kemasyarakatan, keagamaan, perekonomian, perpaduan, kebajikan dan lainnya.

08032020 Pelancaran 74 kali khatam al-quran kali ke 2 masjid kg manggis (1).jpg

Ini adalah untuk memberi faedah dan bermanfaat untuk warga emas khasnya dan keharmonian negara amnya.

08032020 Pelancaran 74 kali khatam al-quran kali ke 2 masjid kg manggis (6).jpg

Attachments
Created at 3/10/2020 10:25 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 3/10/2020 10:27 AM by Lee Chin Foo