Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
MENTERI KKBS TERIMA KUNJUNGAN HORMAT

​[Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan]

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 9 Mac 2020 – Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin menerima kunjungan hormat dari Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK), Sarawak, Yang Berhormat Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah bertempat di Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.

 090320-Courtesy  Call Menteri Wanita Swak (2).jpg

Semasa kunjungan tersebut, kedua belah pihak telah bertukar-tukar pandangan dan berkongsi pengalaman dalam perkara yang mempunyai kepentingan berkaitan bidang tugas dan tanggungjawab kedua-dua pihak, khususnya Hal Ehwal Kesejahteraan, Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat. Perbincangan di antara kedua-dua Menteri tersebut juga bertujuan untuk meningkatkan kerjasama dua hala dan hubungan erat yang telah lama terjalin di antara Negara Brunei Darussalam dan Negeri Sarawak.

 

090320-Courtesy  Call Menteri Wanita Swak (1).jpg

Menyertai rombongan Yang Berhormat Dato Sri Hajah Fatimah ialah Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam yang juga merangkap Penasihat Kedutaan dan Ketua Canseri, Puan Nadia Azura Mohd Nudri ; Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak ; Yang Berhormat Puan Hajah Rosey binti Haji Yunus dan Ahli Majlis Pendidikan Awal Kanak-kanak Sarawak (MPAKS), Yang Berbahagia Dato Dr. Adi Haji Badiozaman Tuah.

Turut hadir sama semasa kunjungan tersebut ialah Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan ; Timbalan Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dayang Saidah binti Wahid serta Pegawai-pegawai kanan dari kedua belah pihak.

090320-Courtesy  Call Menteri Wanita Swak (4).jpg

Seterusnya, rombongan KWKPK juga berkesempatan melawat ke Pusat Bahagia, Brunei dan Muara dan mendengarkan taklimat yang disampaikan oleh Pemangku Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat, dan Penolong Pengarah, Jabatan Pembangunan Masyarakat (Bahagian Keluarga, Wanita dan Kanak – kanak) mengenai peranan dan bidang tugas utama Jabatan tersebut, terutamanya perkhidmatan institusi keluarga, wanita dan kanak - kanak.

090320-lawatan ke Pusat bahagia.infofoto.1.jpg

Taklimat tersebut juga dihadiri oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, dan pegawai-pegawai kanan dari kedua belah pihak. Selepas taklimat tersebut, Yang Berhormat Dato Sri Hajah Fatimah serta rombongan dijemput beredar ke kelas – kelas kemahiran dan latihan Pusat Bahagia bagi menyaksikan pelatih – pelatih menunjukkan kemahiran seperti memasak, menjahit, membuat kain tenunan, pengajaran bahasa isyarat braille, kelas ugama dan pertukangan kayu.

Pada sesi petang itu juga, para rombongan berpeluang menyaksikan Pameran Keusahawanan yang mempamerkan produk-produk daripada Warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU), ibu-ibu tunggal, Program Pengupayaan Asnaf Zakat, 1 Kampong 1 Produk (1K1P) dan Program Curahan Ilmu.

Yang Berhormat Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah berserta rombongan yang dalam rangka lawatan kerja rasmi akan berada di negara ini selama 5 hari bermula 8 hingga 12 Mac 2020.

Antara lain program-program yang dijadualkan bagi rombongan tersebut adalah perjumpaan bersama Kementerian Pendidikan, Majlis Wanita Brunei Darussalam dan persatuan-persatuan di bawahnya, syarikat-syarikat perusahaan tempatan dan juga lawatan ke Muzium Alat Kebesaran Diraja.

Attachments
Created at 3/10/2020 10:33 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 3/10/2020 10:33 AM by Lee Chin Foo