Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
PEMBAYARAN PENCEN UMUR TUA BOLEH MELALUI BANK

‚Äč180320-Sidang Media COVID-19 (5).jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Nooratini Haji Abas - Penerangan

Foto: Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman - Penerangan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 18 Mac 2020 - Atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan mengambil kira keadaan pada masa ini, pihak Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) telah mengambil langkah bagi pembayaran Pencen Umur Tua untuk dilaksanakan melalui dua tatacara iaitu melalui bank sebagai pilihan tambahan di samping kaedah pembayaran yang dilaksanakan pada masa ini melalui penghulu dan ketua kampung.

180320-Sidang Media COVID-19 (4).jpg

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin menyentuh perkara itu pada Sidang Media KKBS mengenai Tindakan Terhadap Perkembangan Terkini Wabak COVID-19 berlangsung di Dewan Al-'Afiah, Kementerian Kesihatan.

Jelasnya, pembayaran melalui bank yang dirancang untuk mula dilaksanakan pada bulan April 2020 sepertimana Siaran Akhbar KKBS bertarikh 12 Mac 2020 akan diawalkan dan mula perlaksanaannya pada bulan Mac 2020 dengan mengambi kira keadaan masa ini.

Sebagai tambahan, proses pembayaran melalui bank sebagai pilihan tambahan juga menurut Yang Berhormat telah dilaratkan kepada pembayaran Pencen Orang Buta, Pencen Hilang Upaya, Elaun Bercelaru Mental, Elaun Kusta, Elaun Kurang Upaya dan Bantuan Kebajikan Bulanan (BKB).

"Di sini ingin ditekankan bahawa pembayaran melalui bank ini adalah sebagai pilihan tambahan (optional) kepada semua penerima selain daripada kaedah pembayaran yang masih dilaksanakan pada masa ini melalui Penghulu dan Ketua Kampung," tambahnya lagi.

Sehubungan itu, Yang Berhormat mengongsikan beberapa maklumat lanjut iaitu pertama, bagi para penerima yang memilih pembayaran melalui akaun bank, mereka hendaklah mengisi borang permohonan secara fizikal atau secara online dengan memuat turun borang permohonan melalui Laman Sesawang KKBS www.kkbs.gov.bn atau Jabatan Pembangunan Masyarakat www.japem.gov.bn.

Borang tersebut katanya hendaklah dihantar terus melalui e-mel atau ke pejabat JAPEM di kementerian berkenaan.

Seterusnya, Yang Berhormat menerangkan bahawa pilihan untuk menerima pembayaran melalui bank bagi pembayaran bulan Mac telah pun dibukakan sejak hari Isnin, 16 Mac 2020. Untuk membolehkan pembayaran untuk dimulakan pada bulan ini, borang tersebut hendaklah dihantar semula pada atau sebelum esok, Hari Khamis, 19 Mac 2020. Sebarang permohonan yang diterima selepas 19 Mac 2020 akan mula menerima pembayaran melalui bank pada bulan April dan selanjutnya.

"Alhamdulillah, dikongsikan bahawa setakat ini, pihak Kementerian telah menerima sebanyak 1,602 permohonan yang akan menerima pembayaran melalui bank pada bulan Mac ini, walau bagaimanapun jumlah ini masih rendah dan amat digalakkan untuk menggunakan bank. Jumlah ini amatlah sedikit berbanding jumlah penerima secara keseluruhannya," ujarnya.

Kemudian, bagi penerima pembayaran melalui Penghulu dan Ketua Kampung, Yang Berhormat dimaklumkan hasil perbincangan bersama Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan pihak Penghulu-penghulu dan Ketua-ketua Kampung yang telah diadakan pada 16 Mac 2020 untuk menentukan tatacara terbaik untuk melaksanakan pembayaran berkenaan dengan mengambil kira faktor social distancing.

Yang Berhormat menjelaskan pembayaran pencen pada 28 Mac 2020 nanti secara lazimnya di kediaman Penghulu dan Ketua Kampung, akan diatur secara berperingkat-peringkat (staggered timing) yang mana akan dirancang oleh Penghulu dan Ketua Kampung. Khemah-khemah juga akan disediakan untuk memastikan social distancing.

Sementara itu, bagi penerima di kawasan-kawasan perkampungan yang mempunyai jumlah penerima yang ramai, Yang Berhormat menyatakan rancangan telah dibuat bagi pembayaran untuk dilaksanakan di dewan-dewan kemasyarakatan atau tempat-tempat berkapasiti besar yang bersesuaian. Perkara ini akan dimaklumkan oleh para penghulu dan ketua kampung.

Tambahnya, khusus bagi para penerima persendirian di Daerah Belait. Pembayaran yang secara lazimnya dilaksanakan di cawangan JAPEM Daerah Belait pula akan dipindahkan ke Kompleks Sukan Mumong.

KKBS juga memaklumkan kepada orang ramai bahawa langkah-langkah telah diambil oleh kementeriannya ini katanya berdasarkan nasihat Kementerian Kesihatan dalam menangani perkembangan terkini wabak COVID-19.

Attachments
Created at 3/19/2020 2:06 PM by Lee Chin Foo
Last modified at 3/19/2020 2:09 PM by Lee Chin Foo