Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
TINGKAT KESEDARAN MASYARAKAT BERISIKO TINGGI

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Noratini Haji Abas - Penerangan

Foto: Hjh Ajijah Ali - KKBS


BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 16 Mei 2020- Sebanyak 1,000 pek yang mengandungi cairan gel pembasmi kuman dan sungkup muka pakai buang berserta nota kesihatan akan diedarkan kepada warga emas dan orang berkeperluan khas menerusi Pusat Warga Emas, Pusat Bahagia dan Rumah Kebajikan di bawah Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM).

Sehubungan itu, Majlis Penyerahan Sumbangan dan Agihan Pek 'BRC COVID-19 Hygience Pack', yang disumbangkan oleh Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), diadakan di Bilik At-Taqwa, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, di sini.

16052020 penyerahan derma red creasant (6).jpg

16052020 penyerahan derma red creasant (8).jpg

Malis penyerahan pek bagi pihak BIBD tersebut disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Operasi, Awang Haji Minorhadi bin Haji Mirhassan kepada Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, yang kemudiannya diserahkan kepada Presiden Persatuan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam (PBSMNBD), Awang Haji Mohd. Suhaimi bin Haji Ibrahim.

BRC COVID-19 Hygience Pack tersebut juga akan diedarkan kepada masyarakat sasaran di keempat daerah oleh Sukarelawan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam di Daerah Brunei dan Muara, Daerah Tutong, Daerah Belait dan Daerah Temburong menerusi cawangan daerah masing-masing.

16052020 penyerahan derma red creasant (5).jpg

Ia adalah salah satu inisiatif kesedaran kesihatan awam, dianjurkan oleh PBSMNBD, dengan objektif utamanya untuk memupuk kesedaran dan menjana kewaspadaan dalam kalangan masyarakat berisiko tinggi (vulnerable), seperti warga emas dan orang yang berkeperluan khas di negara ini dalam sama-sama menangani pandemik wabak COVID-19.

Sementara itu, 500 BRC COVID-19 Hygience Pack akan diserahkan kepada Pengarah JAPEM untuk diagih-agihkan kepada masyarakat sasaran di keempat daerah oleh Sukarelawan BSMNBD, terdiri daripada warga emas dan masyarakat yang berkeperluan khas di negara ini.

16052020 penyerahan derma red creasant (1).jpg

Penyerahan berkenaan disempurnakan oleh Presiden PBSMNBD, disaksikan oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku tetamu kehormat majlis.

Projek tersebut dianjurkan bersempena dengan Sambutan Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia, yang diraikan setiap 8 Mei setiap tahun.

16052020 penyerahan derma red creasant (4).jpg

Attachments
Created at 5/18/2020 10:31 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 5/18/2020 10:31 AM by Lee Chin Foo