[Sumber: Pelita Brunei]
Berita: Nooratini Haji Abas (Penerangan) dan Kementerian Kesihatan
Foto: Mohd. Zul-Izzi HajiDuraman (Penerangan) dan Kementerian Kesihatan
BERAKAS, Selasa, 19 Mei 2020 - Dalam sama-sama menangani dan membendung penularan wabak COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, Kementerian Kesihatan menerima sumbangan-sumbangan daripada pelbagai pihak di negara ini.
Ia adalah sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility - CSR) daripada pihak-pihak penderma dalam membantu pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, khususnya Kementerian Kesihatan.
Pusat Pembangunan Belia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, menyumbangkan skrub yang disampaikan oleh Penolong Pengarah Pusat Pembangunan Belia, Pusat Pembangunan Belia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dayang Fauziah binti Haji Mohd. Salleh.
Hadir menerima sumbangan tersebut, yang diadakan di Bilik Tamu, Tingkat 3, Kementerian Kesihatan, Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Md. Isham bin Haji Jaafar.
