Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
PEMEDULIAN BAGI YANG MEMERLUKAN

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei

Berita: Aimi Sani - Penerangan

Foto: Dk. Nur Hafilah Pg. Osman, Ihsan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB)

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 21 Mei 2020 - Bagi meringankan beban keperluan anak-anak yatim pada bulan Ramadan Al-Mubarak dan sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang, Kumpulan Isteri Menteri-menteri Kabinet, Timbalan-timbalan Menteri, Setiausaha-setiausaha Tetap, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap dan Ahli-ahli Bersekutu menyerahkan sumbangan 70 bungkusan makanan (food packs) untuk berbuka puasa, yang disediakan oleh Persatuan Society for Community Outreach and Training (SCOT), sebuah badan NGO bagi penghuni dan residen Kompleks Rumah Kebajikan.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh wakil kumpulan, isteri Yang Berhormat Menteri Pendidikan kepada wakil Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, bertempat di Crust and Crumb, Bangunan Pg. Hj. Tuah bin Pg. Hj. Chuchu, Jalan Utama Berakas.

Turut hadir, isteri Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil.

Pemberian derma ini adalah atas dasar pemedulian terhadap kebajikan dan kesejahteraan penghuni juga residen Kompleks Rumah Kebajikan, JAPEM.

210520.Derma dari isteri2 menteri.Penerangan.1.jpg

Attachments
Created at 5/23/2020 9:12 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 5/23/2020 9:12 AM by Lee Chin Foo