Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
SUMBANGAN PANDU LALU KEMBALI LAGI MULAI 2 JULAI

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad - Penerangan

Foto : Ak. Mohd Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman (Penerangan) & Sukarelawan Belia

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 26 Jun 2020 - Bagi meringankan bebanan orang-orang yang memerlukan, Sukarelawan Belia dengan sokongan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) sekali lagi mengungkayahkan Sumbangan Pandu Lalu, bermula 2 Julai ini, di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, di sini.

260620.sumbangan pandu laju diteruskan.penerangan.1.jpg

Inisiatif berkenaan dilaksanakan buat kali kedua oleh KKBS bersama Sukarelawan Belia.

Sumbangan dengan konsep pandu lalu berkenaan diadakan sekali lagi setelah mendapat sambutan daripada orang ramai pada sumbangan sebelum ini, di mana dengan adanya pusat sumbangan ini, ia akan lebih memudahkan orang ramai dan penderma bagi menyerahkan sumbangan mereka untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukannya.

260620.sumbangan pandu laju diteruskan.penerangan.2.jpg 

260620.Sumbangan Pandu lalu diteruskan.grp covid (2).jpg


Antara barangan sumbangan yang diperlukan adalah peralatan pembersihan, seperti cecair pencuci tangan, cecair pencuci lantai, pencuci tangan, tisu, penyapu tandas, selain makanan-makanan kering, seperti roti atau biskut, minuman campur, makanan dalam tin, ubi kentang, minuman tiga dalam satu, termasuk 'toiletries'.

Sumbangan bolehlah dihantar pada setiap Khamis hingga Ahad, bermula jam 2.00 petang hingga 8.00 malam, mulai 2 Julai nanti hingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Barang-barang sumbangan yang sudah diasingkan dan dibungkus akan dihantar oleh para sukarelawan kepada orang-orang yang memerlukan, seperti warga emas, golongan ibu tunggal, keluarga yang kurang berkemampuan dengan bantuan penghantaran daripada KKBS.

Orang-orang yang memerlukan dikenal pasti melalui senarai nama daripada Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dan beberapa agensi lainnya.

Ahli Sukarelawan Belia yang ada pada ketika ini adalah lebih kurang 1,593 ahli. Selain itu, para sukarelawan turut menjadi mata dan telinga rakyat dengan mengenal pasti juga mencari orang-orang yang memerlukan bantuan, iaitu mereka yang tidak tersenarai dalam senarai di bawah JAPEM, Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) atau mana-mana agensi. Ini adalah bagi memastikan agar kebajikan mereka terus terpeduli dan tidak tercicir mahupun ketirisan.

Attachments
Created at 6/27/2020 9:13 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 6/27/2020 9:20 AM by Lee Chin Foo