Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
MAJLIS KHATAM AL-QURAN PELATIH PKBN PENGAMBILAN KE-7

‚ÄčDSC_9347.jpg

DSC_9368.jpg

DSC_9553.jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Nooratini Haji Abas - Penerangan

Foto: Pg Suhaimi bin Pg Hj Othman - KKBS

 

TEMBURONG, Ahad, 4 Mac 2018 - Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi PKBN Pengambilan Ke-7 bagi Tahun 1439 Hijrah / 2018 Masihi, bertempat di Kem Latihan PKBN, Batu Apoi, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan isteri, Datin Norhayana Janis binti Abdullah Lim.

Turut hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu; Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Datin Paduka Dr Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil; Pegawai Daerah Temburong, Awang Mohd. Amir Hairil bin Haji Mahmud; Pengarah Bahagian Khidmat Bakti Negara [BKBN], Kolonel (B) Pengiran Haji Zulkifli bin Pengiran Haji Ismail selaku Pengerusi Majlis; Pegawai Masjid Temburong dan pegawai-pegawai kanan KKBS.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh tetamu kehormat dan diikuti dengan bacaan surah-surah khatam beramai-ramai.

Bacaan Takhtim dipimpin oleh 11509 Pelatih Abdul Hanan bin Haji Awang Abas, manakala Doa Khatam Al-Quran pula dibacakan oleh 11454 pelatih Abdul Nur Mafuuz bin Haji Buhari.

Seterusnya, Dikir Marhaban dan Doa Allah Peliharakan Sultan dipimpin oleh 11531 pelatih Awang Muhammad Izzuddin bin Haji Zaidin.

Majlis juga diselajurkan dengan penyampaian sijil kepada para pelatih PKBN yang diraikan terdiri daripada 355 orang, iaitu 245 lelaki dan 110 perempuan yang disampaikan oleh tetamu kehormat.

Majlis dihasratkan sebagai landasan bagi para Pelatih PKBN untuk mengerjakan serta memantapkan pelbagai amal ibadah dan sekali gus mengukuhkan ciri-ciri kerohanian, keimanan dan ketakwaan mereka yang ditanamkan sepanjang jangka waktu mengikuti latihan PKBN.

Ia juga untuk mewujudkan para pelatih PKBN dan belia yang Syumul dan cemerlang ke arah mendukung konsep 'Melayu Islam Beraja' dan 'Negara Zikir'.

Attachments
Created at 3/5/2018 10:48 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 3/5/2018 10:55 AM by Lee Chin Foo