Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Pelatih PKBN berbangsa Cina pilih Islam

‚ÄčDSC_9736.jpg


Sumber : Pelita Brunei

Oleh : Marlinawaty Hussin [ Jabatan Penerangan ] 

Foto : Pg Suhaimi Pg Hj Othman [ KKBS ] 

 

TEMBURONG, Jumaat, 9 Mac. - Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) buat julung kalinya mengadakan Majlis Pengislaman bagi salah seorang pelatih PKBN pengambilan ketujuh, Pelatih 11453 Hee Ching Yee yang memilih agama Islam sebagai pegangan hidupnya.

Hadir selaku tetamu kehormat di Kem Latihan PKBN, Batu Apoi ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Hadir sama ialah Pengarah Bahagian Khidmat Bakti Negara merangkap Pengerusi Majlis, Kolonel (B) Pengiran Haji Zulkifli bin Pengiran Haji Ismail.

Hee Ching Yee ketika ditemui berkata, beliau sangat yakin dengan pilihannya untuk menganut agama Islam dan telah banyak mempelajari mengenai agama berkenaan.

"Saya berharap agar dapat menjadi seorang penganut agama Islam yang soleh dan beriman," kata pelatih berbangsa Cina ini.

Beliau yang berasal dari Kampng Sungai Liang, Daerah Belait memilih nama Islamnya sebagai Muhammad Rafi' Zaidi bin Abdullah Hee.

Majlis pengislaman diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada pelatih tersebut oleh tetamu kehormat, diikuti dengan menabur bunga rampai yang diiringi dengan Dikir Marhaban.

Doa Selamat dibacakan oleh Pegawai Ugama PKBN, Awang Abdul Qaiyum bin Haji Metussin.

PKBN terus memartabatkan unsur-unsur kerohanian ke dalam diri setiap pelatih serta pegawai, jurulatih dan tenaga kerja semasa latihan PKBN dijalankan dengan menggalakkan mereka untuk sama-sama mendengarkan ceramah ugama Islam.

Turut hadir, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu; Pegawai Daerah Temburong, Awang Mohd. Amir Hairil bin Haji Mahmud, pegawai masjid Temburong dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Attachments
Created at 3/12/2018 4:52 PM by Ak Hussni Bin Pg Hassan
Last modified at 3/13/2018 11:12 AM by Ak Hussni Bin Pg Hassan