Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Pusat Kegiatan Warga Emas Buktikan Umur Bukan Penghalang

‚Äč

Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan ketika merasmikan Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) di Daerah Tutong.


[Sumber: Pelita Brunei]
Foto: Hajah Ajijah Ali - KKBS


TUTONG, Isnin, 10 Julai. - Peningkatan jumlah penduduk warga emas di negara ini semakin ketara susulan peningkatan jangka hayat yang disebabkan oleh kualiti kehidupan rakyat dan taraf kesihatan yang semakin bertambah baik merupakan satu fenomena yang dialami oleh kebanyakan negara  termasuk Negara Brunei Darussalam.

Menyedari akan hakikat ini, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) telah menubuhkan Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) di Daerah Tutong.

Perasmian bangunan PKWE tersebut disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.

Juga hadir pada majlis berkenaan ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Awang Haji Umarali bin Esung; Setiausaha Tetap KKBS, Datin Paduka Dr. Dayang Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil; Pegawai Daerah Tutong, pegawai-pegawai kanan kerajaan, penghulu-penghulu, ketua-ketua kampung serta warga emas dari Daerah Tutong.

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof menyaksikan pameran produk sejurus selepas perasmian Pusat Kegiatan Warga Emas.

Pusat yang disumbangkan oleh Pengarah Urusan GHK, Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin itu merupakan yang kedua dibina di negara ini, yang mana PKWE yang pertama terletak di Lambak Kanan, yang telah dirasmikan pada tahun 2013.

PKWE ini dihasrat akan menjadi mekanisme bagi membolehkan warga emas di Daerah Tutong lebih bergiat aktif terutamanya dalam menyumbang khidmat bakti kepada negara.

Meskipun pengurusan PKWE dijalankan sendiri oleh warga emas, ia membuktikan bahawa umur bukan penghalang bagi seseorang itu untuk terus bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti yang menyumbang kepada pembangunan negara.

Pada masa akan datang, KKBS merancang untuk terus memudah cara penubuhan PKWE di Daerah Belait dan Daerah Temburong malahan di zon-zon Daerah Brunei dan Muara.

PKWE Daerah Tutong ini dibuka setiap hari kecuali Jumaat dan Ahad bermula dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang dan warga emas khususnya yang menetap di Daerah Tutong adalah dialu-alukan datang dan menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan.

Attachments
Created at 9/5/2017 1:59 PM by Muhd. Hafizul 'Ilmi Bin Hj Zaini @ Zatul Hilmi
Last modified at 9/5/2017 2:07 PM by Muhd. Hafizul 'Ilmi Bin Hj Zaini @ Zatul Hilmi