Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
BEKERJASAMA RAPAT, LAKSANAKAN AKTIVITI KESEDARAN AWAM

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei]

Berita dan Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin - Penerangan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 19 November 2020 - Forum dan Bengkel Peranan Belia dalam Pengadaptasian Perubahan Iklim dan Pengurangan Risiko Bencana yang diadakan selama dua hari yang bermula kelmarin melabuhkan tirainya petang tadi pada majlis penutup yang berlangsung di Pusat Belia Bandar Seri Begawan.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian sijil kepada para peserta ialah Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud.

 19.11.20-PerananBeliadlmPerubahanIklim.Penerangan.2.jpg

19.11.20-PerananBeliadlmPerubahanIklim.Penerangan.1.jpg

Pengiran Mohd. Amirrizal dalam ucapannya menjelaskan, pihak penganjur, iaitu Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan seterusnya akan mengungkayahkan program lanjutan daripada forum dan bengkel ini, iaitu Kursus Disaster Preparedness Coordinator (DPC) Siri 2, iaitu kursus yang dikhususkan kepada para belia untuk diiktiraf menjadi ahli DPC-2 dan peserta belia yang mengikuti forum dan bengkel ini juga berpeluang mengikuti kursus berkenaan.

"Belia-belia yang diiktirafkan ini nanti adalah belia-belia yang akan bekerjasama rapat bersama agensi-agensi petindak pengurusan bencana bagi melaksanakan aktiviti kesedaran awam kepada masyarakat dan pengerahan ke tempat-tempat bencana.

''Saya berharap dengan mengikuti forum dan bengkel ini juga, para belia akan lebih peka dan mengetahui kepentingan melaksanakan program, projek dan aktiviti, meneruskan projek-projek dukungan ke arah Pengadaptasian Perubahan Iklim (CCA) dan Pengurangan Risiko Bencana (DRR) di sepanjang tahun dan seterusnya ke arah mencapai Wawasan Negara 2035," tambahnya.

Semasa forum dan bengkel tersebut, para peserta dibahagikan kepada empat kumpulan berdasarkan kejadian bencana yang sering berlaku di negara ini, iaitu banjir, tanah susur, angin kencang dan gegaran serta jerebu dan kebakaran.

Setiap kumpulan diberikan tugasan untuk membincangkan jangkaan hasil bengkel, seperti pembentukan pelan tindakan berkaitan pengadaptasian perubahan iklim dan pengurangan risiko bencana (CCA dan DDR) dengan mengambil pendekatan Whole of Nation melalui pengungkayahan projek, program dan aktiviti berkaitan di masa akan datang secara berkolaborasi bersama agensi-agensi berkepentingan, kerajaan dan swasta.

Juga hadir, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Haji Ash'ari dan Timbalan Setiausaha Tetap (Kebeliaan dan Kesukanan), KKBS, Kolonel (B) Pengiran Haji Maidin bin Pengiran Haji Said.


Attachments
Created at 11/21/2020 9:01 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 11/21/2020 9:03 AM by Lee Chin Foo