Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
71 LUKISAN RETROSPEKTIF DIPAMERKAN

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei]

Berita dan Foto : Hernie Suliana Haji Othman - Penerangan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 19 November 2020 - Pameran lukisan retrospektif karya Haji Osman bin Haji Mohammad bertajuk 'Timeless' kini boleh dikunjungi bermula Jumaat, 20 November hingga Ahad, 29 November 2020 bertempat di Chancery, Bangunan Kedutaan Republik Turki, Kampung Manggis Satu.

Majlis pembukaan rasmi pameran tersebut disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin semasa hadir selaku tetamu kehormat.

 19.11.20-PameranLukisan Hj Osman-Penerangan.1.jpg

Terdahulu, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Turki ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mehmet Suat Akgun dalam ucapan alu-aluannya menggelar Haji Osman bin Haji Mohammad sebagai seorang 'visual archivist' kerana pemandangan sebahagian karya lukisan yang dihasilkan pada setiap dekad sejak 1970-an sudah tidak ada kerana berubah disebabkan pembangunan.

Tuan Yang Terutama juga berharap lebih banyak artis dan pelukis tempatan mempamerkan karya lukisan dan lukisan kontemporari mereka untuk dinikmati oleh orang ramai, seterusnya menjadi tarikan pelancong ke negara ini.

Sebanyak 71 buah lukisan karya Haji Osman bin Haji Mohammad terdiri daripada lukisan 'watercolour', akrilik dan lakaran yang dihasilkan sepanjang lima dekad penglibatannya dalam seni lukis dipamerkan untuk dinikmati oleh para pengunjung dengan turut menampilkan lapan karya Pengurus dan Kurator Galeri Seni Creative Space, Osveanne Osman.

 19.11.20-PameranLukisan Hj Osman-Penerangan.2.jpg

Pameran dibukakan bermula 9.30 pagi hingga 5.00 petang di sepanjang pameran berlangsung, kecuali Jumaat, di mana ia akan ditutup di antara 12.00 tengah hari dan 2.00 petang.

Lawatan Eksklusif bagi Guru-guru bersempena Hari Guru juga akan diadakan pada 26 November 2020 pada 2.30 petang. Manakala seramai 15 pengunjung akan diberikan peluang untuk melukis di 'ruang cabaran' dengan tema yang dipilih pada setiap hari pameran dibukakan.

Orang ramai boleh menyertai acara sampingan seperti 'live sketching', perbincangan panel, 'master class' bersama artis muda, melukis bersama warga emas, bengkel mengenai pendekatan kreatif dalam menghasilkan seni dan juga ceramah seni bertajuk 'What makes a piece of art, Art?' pada pameran tersebut.


Attachments
Created at 11/21/2020 9:54 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 11/21/2020 9:54 AM by Lee Chin Foo