Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
KHATAM AL-QURAN SEMPENA 7 TAHUN PENUBUHAN

‚Äč[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Rohani Haji Abdul Hamid - Penerangan 

Foto: Pg Suhaimi bin Pg Hj Othman - KKBS

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 20 November 2020 - Pusat Kegiatan Warga Emas bagi Daerah Brunei dan Muara (PKWE BM) mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sempena 7 Tahun Penubuhan pusat berkenaan yang diadakan di Dewan Kemasyarakatan, Jalan 77, Rancangan Perumahan Negara Kampung Lambak Kanan.

Hadir selaku tetamu kehormat, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin serta Datin.

20.11.20.Majlis Khatam PKWE.1.JPG

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan bacaan Surah Ad-Dhuha hingga Surah An-Nas serta diakhiri dengan bacaan Takhtim oleh peserta-peserta khatam.

Doa Khatam dibacakan oleh Guru Pembimbing Mukaddam PKWE BM, Awang Yadly bin Haji Yusof dan diselajurkan dengan Dikir Marhaban serta diakhiri dengan Doa Peliharakan Sultan dan Doa Kesyukuran yang dipimpin oleh Mohammad Hisamuddin bin Haji Mahmud.

Pembacaan Al-Quran dimulakan sejak September 2020 hingga 30 juzuk secara perseorangan. Kegiatan pembacaan Al-Quran ini sangat menggalakkan dan PKWE BM akan menjadikannya sebagai projek tahunan.

Antara objektif Majlis Khatam Al-Quran ini diadakan adalah untuk menggalakkan dan membimbing dan mendidik ahli-ahlinya dengan aktiviti pembacaan Al-Quran untuk dijadikan amalan seharian di samping mengamalkan pengajaran yang terkandung di dalam Al-Quran sekali gus dapat mempertingkatkan lagi mutu bacaan supaya membaca dengan lebih betul.

20.11.20-Majlis Khatam PKWE.4.JPG

20.11.20-Majlis Khatam PKWE.3.JPG

21.11.20-Majlis Khatam PKWE.5.JPG

20.11.20-Majlis Khatam PKWE.8.JPG

20.11.20-Majlis Khatam PKWE.6.JPG

20.11.20-Majlis Khatam PKWE.9.JPG


Attachments
Created at 11/21/2020 10:02 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 11/23/2020 3:54 PM by Lee Chin Foo