Skip Ribbon Commands
Skip to main content

latest Announcement

Manage PermissionsManage Permissions
UCAPAN TAHNIAH KEPADA KONTINJEN WUSHU NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DAN SETINGGI PENGHARGAAN KEPADA PERSEKUTUAN WUSHU ASIA, PERSEKUTUAN WUSHU NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DAN SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN KEJOHANAN WUSHU REMAJA ASIA KE-10
23 Aug 2019

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 23 Ogos. - Kejohanan Wushu Remaja Asia Ke-10 melabuhkan tirainya dengan Majlis Penutup dan Malam Gala di Hua Ho Manggis Ballroom.

Majlis Penutup dan Malam Gala diserikan lagi dengan keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNOC).

Berangkat sama ialah Yang Amat Mulia Pengiran Anak 'Aliiyah Amalul Bulqiah binti Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah.

Kontinjen Wushu Negara Brunei Darussalam berjaya mengutip 4 pingat emas, 2 pingat perak dan 1 pingat gangsa.

Kejohanan Wushu Remaja Asia Ke-10 berlangsung pada 19 hingga 24 Ogos 2019, disertai oleh 19 buah negara, iaitu Negara Brunei Darussalam; Republik Raykat China; Chinese Taipei; Filipina; Hong Kong-China; India; Indonesia; Iran; Jepun; Jordan; Kazakhstan; Korea; Kyrgyzstan; Lebanon; Macau-China; Malaysia; Singapura; Sri Lanka; dan Viet Nam dengan penyertaan daripada 265 atlet yang bertanding dalam acara Wushu Sanda dan Taolu.

Kejohanan dianjurkan oleh Persekutuan Wushu Brunei Darussalam (WUFBD) dan disokong oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Attachments