Skip Ribbon Commands
Skip to main content

latest Announcement

Manage PermissionsManage Permissions
UCAPAN TAHNIAH KEPADA PASUKAN PEKAYUH KKBS YANG MENDAPAT TEMPAT KETIGA DI REGATA BRUNEI DARUSSALAM 2019 DALAM KATEGORI LUMBA PERAHU TRADISI ANTARA KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
26 Aug 2019
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 25 Ogos. - Berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah di Dermaga Diraja ibu negara pada perlawanan-perlawanan Regata Brunei Darussalam (RBD) 2019 sesi pagi ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.

Turut berangkat, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.

Kategori Lumba Perahu Tradisi Antara Kementerian-kementerian 25 Pekayuh:

Juara - Pasukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) catatan masa 3 minit 26 saat, hadiah wang tunai BND900 dan trofi.

Kedua - Pasukan Kementerian Pertahanan di  dengan catatan masa 3 minit 27 saat menerima hadiah wang tunai BND800 dan trofi.

Ketiga - Pasukan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan masa 3 minit 46 saat, hadiah wang tunai BND600 dan trofi.

TAHNIAH DAN SYABAS.


Attachments