Skip Ribbon Commands
Skip to main content

latest Announcement

Manage PermissionsManage Permissions
MESYUARAT BELIA KOMANWEL BAGI PEGAWAI-PEGAWAI KANAN RANTAU ASIA, (COMMONWEALTH YOUTH SENIOR OFFICIALS MEETING - CYSOM) 2019 DIBUKA RASMI PADA MAJLIS YANG BERLANGSUNG DI HOTEL CENTREPOINT.
28 Aug 2019

‚ÄčBANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 28 Ogos 2019 - Mesyuarat Belia Komanwel Bagi Pegawai-Pegawai Kanan (Rantau Asia) diadakan di Hotel Centrepoint, Gadong selama 3 hari bermula dari 27 hingga 29 Ogos 2019.

Delegasi yang ikut serta dalam mesyuarat tersebut terdiri dari Negara Brunei Darussalam, Bangladesh, India, Malaysia, Pakistan, Singapura dan Sri Lanka. Antara topik yang akan dibincangkan dalam mesyuarat 3 hari tersebut akan menyentuh mengenai penyertaan belia dalam bidang keusahawanan, isu-isu belia serantau termasuk keutamaan dan peluang belia, dan pembangunan belia.  

Mesyuarat yang berlangsung dibahagikan kepada tiga kumpulan; khusus bagi Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan, Ketua-Ketua Belia dan Kumpulan Pekerja Belia/Rakan Strategik.

Attachments