Skip Ribbon Commands
Skip to main content

latest Announcement

Manage PermissionsManage Permissions
UCAPAN TAHNIAH KEPADA PEMENANG-PEMENANG PERTANDINGAN FILEM PENDEK SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-35 TAHUN 2019
29 Oct 2019

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 29 Oktober 2019 - Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Filem Pendek sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-35 Tahun 2019 berlangsung di Dewan Kuliah, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Pertandingan Filem Pendek Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ialah satu platform bagi mencanangkan cerita yang berhubung tentang sesuatu kejadian, sejarah, budaya, penyelidikan dan informasi yang memaparkan fakta sebenar untuk menggambarkan semangat patriotisme Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dari aspek perkembangan dan pembangunan di negara ini sejak mencapai kemerdekaannya. Dengan kearah mencapai kecemerlangan, kesejahteraan serta kemakmuran negara dengan konsep: Keceriaan, Kemeriahan dan Kegembiraan dengan tema: 'Menjayakan Wawasan Negara 2035'.

Seramai 25 buah filem pendek telah dipertandingkan.

1) Johan - Dayangku Jazmeena Anatasya binti Pengiran Norasmadi (menerima hadiah wang tunai $2500, piala dan sijil) . Tajuk filem -  'Belia Kitani Arah Aiffa 2019'.

2) Naib Johan – Awang Muhammad Zharif bin Zaini (menerima hadiah wang tunai $1500, piala dan sijil). Tajuk filem – 'Harapan'.

3) Ketiga - Dayang Liyana binti Awang Haji Julay (menerima hadiah wang tunai $1000, piala dan sijil). Tajuk filem – 'Nasi'.

Antara Objektif pertandingan adalah untuk:

1) Membuka ruang serta peluang yang lebih luas kepada orang ramai untuk lebih bergiat aktif dalam kreativiti penerbitan filem;

 2) Memperlihatkan dan meningkatkan kesedaran kepada masyarakat umum khususnya tentang memelihara khazanah budaya seni warisan Brunei untuk diangkat dan memertabatkannya;

3) Mendidik, memberi maklumat, menghibur, berinteraksi dan memotivasi kepada masyarakat dan generasi muda melalui filem sebagai medium perantara bagi penyampaian maklumat.

Attachments